Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

BISCAKE


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update blog dairi sally ni ... rindu rasanya, jadi setelah sekian lama menyepi diri kali ini ina nak kongsi resepi yang diolah sendiri oleh ina. Sedap ke tak sedap ke terpulanglah pada citarasa sendiri ya.

 


Bahan-bahan utamanya ialah : 

3 cawan tepung gandum (diayak bersama 2 sudu teh baking powder)
1 cawan biskut digestive (hancurkan)
2 cawan gula kastor (boleh dikurangkan)
3 sudu besar krimer manis dibancuh dengan air suam menggunakan mangkuk kecil
1 cawan minyak masak
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya :

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan putar sehingga sebati. Kalau adunan keras bolehlah ditambah air bancuhan susu tadi sedikit lagi sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras. Biscake ini tidak menggunakan telur sebab itu bergantung pada kecairan bancuhan susu tadi. 

Sapu mentega pada keliling acuan kek seperti ina menggunakan acuan roda dan dimasak di atas dapur gas sahaja. Kemudian masukkan adunan biscake ke dalam acuan roda dan bolehlah di bakar selama 30 - 35 minit sehingga masak. 

Selamat mencuba. 




AGAR-AGAR SUSU


ASSALAMUALAIKUM





Bahan-bahan untuk membuat agar-agar susu ialah :

1 paket agar-agar (20 gram)
6 cawan air
1 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila
Pewarna makanan

Cara membuatnya :

Masak agar-agar dengan air hingga larut kemudian masukkan gula dan kacau sebati hingga gula juga larut. Tapis ke dalam 4 mangkuk berasingan. Bahagikan sama rata banyaknya. 3 mangkuk diletakkan pewarna yang berlainan warna dan dibiarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan ke dalam peti ais. 1 mangkuk lagi di masak semula di dalam periuk bersama-sama dengan 1 1/2 cawan susu sejat tadi dan dititiskan esen vanila ke dalamnya. Biar sehingga mendidih tak perlu masak lama-lama sekadar nak sebatikan susu sejat tadi dengan agar-agar. Kemudian tuangkan ke dalam acuan dan dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 

Agar-agar berwarna yang telah keras tadi bolehlah dipotong kecik-kecik seperti dalam gambar. Kemudian taburkan ke dalam agar-agar susu tadi yang belum keras sepenuhnya. Sejukkan semula di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.   



JOM MAKAN-MAKAN di PIZZA BIG BOX


ASSALAMUALAIKUM

Sabtu lepas...29hb tu, anak sally nabilah order PIZZA BIG BOX untuk makan petang. Pizza pilihan ialah Jam Packed Pizza. Hidangan lain dalam big box tu ialah Chicken Meatball Bolognaise, Roasted drumettes with New Orleans marinate, Garlic bread dan Mushroom Soup. Memang sedap dan berbaloi dengan harganya. Jom layan gambar-gambar ...








COOL BLOG


ASSALAMUALAIKUM

Petang semalam gi jalan-jalan sekitar batang kali ni, shopping sikit-sikit keperluan sekolah anak kak sally. Singgah econsave batang kali, lepas tu nampak kedai Cool Blog yang baru dibuka. 

strawberi, yam dan teh tarik

beli wafer dari joe's delight sekali

yang ni kak sally punye...wafer blueberry jem dan cool blog perasa yam



MENU RAMADHAN 1434H (2013)


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni dah nak masuk 13 hari kita berpuasa ye, bagaimana dengan puasa rakan-rakan semua? Tahun ni alhamdullillah kak sally dapat berpuasa tanpa banyak masalah. Perut pun kurang meragam. Tahun ni juga kami sekeluarga berbuka puasa ala kadar aje. Kuih-muih pun tak sehebat seperti tahun-tahun lepas. 

Sekadar ingin berkongsi lauk-pauk dan kuih-muih semasa berbuka puasa...jom layan .....

Sotong sumbat kentang

Ayam goreng tepung segera

Puding trifle laici

Karipap dan roti john dari bazaar ramadhan

Roti john dari bazaar ramadhan

Kebab daging dari bazaar ramadhan

Air ribena 

*Menu di atas adalah dari awal puasa hingga hari ke 11 berpuasa ye...jangan salah sangka pulak sebab semua juadah ni bukan  untuk berbuka dalam satu hari.   




MENU HARI INI


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama kak ina tak edit blog pasal menu, jadi untuk menu hari ini kak ina sertakan gambar masakan untuk makan tengahhari hari ini. Menunya : ayam kurma, ayam goreng berlada dan sayur taugeh masak atau tumis air. Jemput makan...


Terima kasih singgah sini.

KEK PISANG BERCHOC CHIP


ASSALAMUALAIKUM




Bahan-bahan untuk kek pisang berchoc chip :

4 biji pisang montel yang telah masak di lecek
4 sudu besar susu tepung (perasa coklat)
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
choc chip dan choc rice secukupnya

Cara membuatnya :

Lecekkan pisang kemudian campurkan dengan susu tepung perasa coklat. Pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian masukkan pisang tadi, minyak jagung, esen vanila dan digaul sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi ke dalam adunan pisang. Kemudian masukkan pula choc rice dan choc chip dan digaul rata. 

Sapu loyang dengan sedikit margerin kemudian masukkan adunan tadi dan dibakar sehingga masak. Lebih kurang 25 - 30 minit. Kek masak apabila lidi yang dicucuk ke dalam kek licin dan tiada adunan melekat pada lidi. 

Resepi di atas adalah resepi yang telah kak ina buat dan terpulang kepada anda untuk mengubah suai mengikut cita rasa sendiri.  



KEK LAPIS PANDAN


Assalamualaikum, hari ni kak ina nak kongsi gambar-gambar dan resepi kek lapis pandan yang dah kak ina buat pada Hari Raya Aidil Fitri 2012. Kak ina memang suka kek lapis pandan ni dan ini adalah cubaan pertama kak ina membuatnya. Resepinya kak ina ambil dari MyResepi.




Bahan-bahan :

5 biji telur
160gm gula kastor
125gm tepung gandum diayak bersama 1 camca teh baking powder
75gm minyak jagung
15gm ovallete
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair 

Bahan-bahan utk kastad :

1050gm santan
225gm gula
10gm serbuk agar-agar
1 camca teh paste pandan
100gm tepung hoen kwee (warna hijau)
75ml jus pandan 
secubit garam

Cara penyediaan :
Campurkan telur, ovallete, gula dan paste pandan kemudian pukul hingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan juga susu segar/cair tadi. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang yg telah disapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Bakar dalam oven 175'C selama 30 minit. Sejukkan kek dulu sebelum di potong kepada 3 keping.

Satukan semua bahan untuk kastad dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler) gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam.

Tuang 1/3 adunan kastad dalam loyang dan ratakan. Lapiskan dengan sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 adunan kastad untuk lapisan kedua dan lapiskan dengan sekeping kek lagi. Tuang 1/3 adunan kastad untuk lapisan ketiga dan akhiri dengan lapisan kek. 

Masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang. Bila menghidang terbalikkan kek tadi. Lapisan kek dibawah dan kastad di atas.




BAZAAR RAMADHAN 2

Assalamualaikum, sekejap benar rasanye dah 27 hari kita berpuasa kan! Pada hari Sabtu iaitu 11/8/2012, kami pergi ke bazaar ramadhan di batang kali ni untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari tu kami beli nasi kukus ayam dara dan murtabak. Jom layan gambar-gambarnye...


Nasi kukus ayam dara ni dihidangkan dengan 3 sos iaitu sambal belacan (pedas sbb campur cili padi), sos manis dan kari pekat (mcm kari daging). Pertama kali kak ina makan nasi ni. Rasanye sedap lebih-lebih lagi ayam gorengnye. Harganye juga berpatutan.

Gambar yang akhir tu pulak ialah murtabak dan sup tulang yang suami kak ina suruh beli. Okey sampai sini saje hidangan dari bazaar ramadhan untuk tahun 2012. 

Kak ina juga mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI  MAAF ZAHIR BATIN kepada sanak saudara, sahabat handai serta rakan-rakan fb dan bloggers.









BAZAAR RAMADHAN

Assalamualaikum, cepat benar masa berlalu ye ... tup tup dah 10 hari kita berpuasa. Untuk entri kali ni kak ina nak kongsi juadah-juadah yang kami beli di Bazaar Ramadhan Batang Kali. 


Hari Sabtu 28/07/2012 kak ina dan anak-anak kak ina pergi ke bazaar ramadhan yang berhampiran rumah kami untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari tu kak ina tak masak jadi kak ina beli nasi tomato, otak-otak, popia goreng dan air mangga.


Ayam masak kicap ni pulak kak ina masak pada hari isnin iaitu hari ke 3 puasa.


Kuih-muih ni pulak dibeli oleh suami kak ina pada hari rabu iaitu hari ke 5 puasa.


Akhir sekali ialah bubur lambuk yang suami kak ina ambik dari surau berhampiran rumah kami.
 Bubur lambuk ni hanya di agih-agihkan untuk orang ramai pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.















RESEPI : PEGEDIL IKAN

Assalamualaikum, apa khabar kawan-kawan blogger? Hari ni kak ina nak kongsi resepi yang kak ina buat untuk berbuka puasa semalam.
Resepinya ialah Pegedil Ikan. Anggaran hidangan ialah untuk 4 orang.


  1. 2 ekor ikan kembung - direbus dan diambil isinya serta ditumbuk lumat
  2. 3 biji ubi kentang - direbus dan dilenyek lumat
  3. 1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
  4. lada sulah secukup rasa
  5. daun bawang dan daun sup ikut selera
  6. 1/2 atau 1 biji cili merah, 1/2 biji bawang besar, garam dan serbuk perasa
  7. 2 atau 3 biji telur dipukul kembang untuk mencelup pegedil 
Cara memasaknya : Gaulkan isi ikan yang telah ditumbuk lumat bersama-sama dengan ubi kentang, lada hitam, lada sulah, daun bawang dan daun sup, cilimerah dan bawang besar yang  dipotong dadu, garam dan serbuk perasa. Kemudian celupkan ke dalam telur tadi dan digoreng sehingga berwarna kuning keemasan. Siap dan bolehlah dihidangkan bersama-sama dengan sos cili.
Mudah aje kan ... selamat mencuba. Sambil tu kita layan lagi gambar-gambarnya.



KEK BISKUT OREO


Assalamualaikum, kak ina teringin benar nak buat kek yang dicampur dengan biskut oreo. Tengok resepi kawan-kawan macam senang aje. Resepi ni kak ina buat sendiri ikut adunan kek yang kak ina biasa buat cuma adalah olahan sikit sebab nak campurkan biskut oreo ni. 



Sebenarnye dua-dua kek diatas adalah sama cuma kak ina masak 'double sukatan' jadi dapatlah 2 loyang kek. Satu loyang bulat dan satu lagi loyang empat segi tapi kek tu kak ina potong 3 segi sebab nak lapiskan ... dan jadilah seperti gambar di atas...hehe

Bahan-bahan:
  1. 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  2. 250 gm buttercup
  3. 137 gm biskut oreo (dicincang hancur sekali dengan krimnye)
  4. 2 cawan gula kastor
  5. 6 biji telur
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. 1 sudu teh baking powder
    Cara penyediaan:
    Putar buttercup dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Tepung yang telah diayak bersama-sama dengan baking powder tadi dimasukkan berselang-seli dengan air. Mulakan dengan tepung dan disudahi juga dengan tepung. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dicincang halus tadi dan digaul rata. 
    Sediakan loyang pembakar dan masukkan adunan ke dalam loyang dan dibakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan krim. Kak ina gunakan krim 'buttercream icing'. 
    Selamat mencuba! 



Followers

Recent Comments