GASTRIK & GERD BAHAGIAN 2


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kita jumpa lagi di bahagian 2 cerita ina pasal gastrik & gerd ni ya...sebelum tu tengok gambar ni dulu ya...


Related image


Dibawah ini ada penerangan mengenai GERD yang ina faham hasil dari perkongsian admin dalam grup kami.


What is GERD?
Gerd atau nama panjangnya 'gastroesophageal reflux disease' adalah sejenis penyakit yang bersangkut paut dengan melimpahnya asid perut ke esofagus atau salur pemakanan. Tak kira la asid tu banyak atau sikit. Ini yang kita panggi asid refluks. Di antara esofagus dan perut ada satu injap yang kita sebut sebagai LES atau lower esophageal sphincter. LES ni kerja dia macam pintu (2 arah). Bila kita makan biasanya dia akan buka dan bila tak makan sepatutnya dia tertutup.
Mereka yang mengidap GERD ni pintu tu terbuka round the clock. Tak reti reti nak tutup dah. Tuh sebab asid banyak atau sikit pun melimpah ruah la dia naik ke esofagus. Adakalanya sampai masuk ke airway sehingga menyebabkan kita seperti tak cukup bernafas atau kurang udara.
Apa pulak symtom- symtomnya? Biasanya pengidap gerd akan kerap terkena pedih ulu hati, sakit tekak yang berpanjangan, tekak seperti terasa ada sesuatu dan macam macam lagi.
Penyebabnya pula seperti obesiti, Hernia, merokok, wanita mengandung dan ada beberapa sebab yang lain termasuk anxiety (vise versa). Saya sangat percaya yang gerd di sebabkan asid yang tidak optimum sebab kalau asid kita terlebih tak ada la masalah penghadaman.
Pesakit gerd akan menghadapi masalah penghadaman yang agak ketara dan lanjutan dari situ perut mereka selalunya di penuhi angin (kembung) yang kadang kalanya melarat ke kepala dan anggota badan yang lain seperti kaki dan tangan.
Apa beza pulak GERD dan Gastrik? Ini yang ramai orang confuse. Kebanyakkannya ingat sama aje sebab doktor pun suka bagitau pesakit GERD yang mereka ada gastrik. Gastrik sebenarnya adalah penyakit lain di mana perut kita akan berasa pedih. Ini di sebabkan radang yang ada di dalam perut.
Antara penyebabnya ialah bakteria (eg. hpylori), alkohol dan ubat ubat seperti 'pain killer'. Kalau dalam report doktor biasanya disebut sebagai 'gastritis'. Radang juga boleh menyerang bahagian lain seperti di esofagus (esophagitis), di usus (enteritis) dan sebagainya.

Kadang-kadang tu memang susah jugak nak faham maksud penyakit gastrik sahaja dan gastrik dan gerd ni, hanya orang-orang yang mengalami sahaja yang tau macammana rasanya. Selepas ina masuk grup ni dan tau serba sedikit pasal gerd ni selalu jugak lah ina google cari apa-apa yang berkaitan tentang penyakit ini termasuklah mencari ubat-ubat, makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan dan  bagaimana cara mengatasinya. Kadang-kadang tu rasa fed-up pun ada tapi sekarang ina dah pasrah dan berserah pada ALLAH SWT sebab hanya DIA sahaja yang maha mengetahui sebab musababnya penyakit ini diberikan pada ina.

Dari segi pemakanan memang ina akan berpantang seperti yang disarankan di dalam grup kami dimana ina lebih kepada makanan yang digril, rebus, bakar. Sayur-sayur yang boleh ina makan ialah daun salad panjang, kailan, sawi bunga dan pak choy batang hijau. Buah yang selalu ina makan ialah epal merah. Makanan tambahan ialah seperti kurma dan badam. 

Air minuman yang ina selalu minum ialah air suam dan air hirisan lemon sahaja. Air mineral ina memang tak boleh sebab akan rasa sukar bernafas. Air zam-zam memang bagus buat ina. Lepas minum mesti akan sendawa.

Rasanya sampai disini sahaja cerita bahagian ke 2 yer...doakan semoga ina cepat sembuh dari penyakit GERD ini ye...dan ina juga mendoakan semoga anda semua yang ada menghidap penyakit gastrik dan gerd ini juga akan cepat sembuh dan sihat semula...aamiin. 

*Terkini... semasa lawatan ulangan untuk menentukan saiz folip di hempedu tu akhirnya dapat juga ina melihat hasil keputusan semasa endoskopi dulu iaitu memang ada gerd dan hertia hernia tahap 2. 

Ina juga menghidap penyakit VERTIGO yang diberitahu oleh doktor semasa membuat ujian pendengaran ENT di hospital selayang juga adalah disebabkan oleh lebihan cecair dalam telinga ... meniere disease ... sejenis penyakit gangguan dalam telinga yang menyebabkan pening teruk, desing di telinga, kehilangan pendengaran dan seperti telinga tersumbat. Biasanya penyakit meniere ini menyerang sebelah telinga sahaja. Kalau nak tau lebih lanjut lagi cari je kat google kan!

Ubat-ubat yang ina dah makan untuk mengawal vertigo ni ialah BETAHISTINE, MECOBALAMIN dan NEUROBION.











4 comments:

Ana Suhana said...

Semoga cepat sembuh. Ana pun baru kena gastrik sejak raya awal bln 7 yg lepas. Alhamdulillah getting better tp kdg2 dia menyerang juga.

ASTraveller said...

Salam singgah dan follow sini :)

mommysihatanggun said...

Ina try la esp.. boleh bntu atasi gastrik.. repair dinding perut kesan gastrik
Boleh pm kak 0197064120

berrymissu said...

Wlpn posting ni dh lama. Saja nak bgtau.. actly penghidap gerd mana bole amik minuman yg berasid espcly like u said air hirisan lemon. Sbb lemon is more to acidic and lg active kan gerd tu.. sbb i pun penghidap gerd... sampai kadang tu muntah masam sampai berdarah.. so far i try minum air zam2 utk neutral kan asid tu. Alhamdulillah berkesan. Semua atas izin allah swt.

Followers

Recent Comments