KEKURANGAN G6PD / PENYAKIT KETURUNAN


ASSALAMUALAIKUM

Lama tak update blog...rindunye...hehe. Untuk entri kali ni kak sally nak cerita pasal G6PD atau pun dikenali sebagai kekurangan G6PD. G6PD atau Glukosa-6-Fosfat Dehidrogenase adalah sejenis enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Untuk lebih info sila lihat sini

Kedua-dua anak gadis kak sally menghidap penyakit kekurangan G6PD ni. Mula-mula dengar tentang penyakit ni terkejut jugaklah. Mana taknye ... doktor kata kalau pesakit ni terdedah kepada ubat-ubatan tertentu dan makanan yang tertentu juga, sel darah merahnya akan pecah dan boleh menyebabkan kematian atau kecacatan. Ubat utama yang anak kak sally tak boleh makan ialah ubat antibiotik dan ubat malaria. Kacang parang pula adalah makanan yang tidak boleh dimakan. Selain itu ubat gegat / ubat nyamuk jugak perlu dijauhi. Kak sally pun tak tahu dari siapa anak-anak kak sally boleh dapat penyakit ni.  

Alhamdullillah, anak-anak kak sally sekarang telah membesar dengan sihat. Disebabkan dari kecik lagi kak sally dan suami telah mengajar mereka supaya menjauhi ubat-ubatan dan mengelak dari memakan kacang terutamanya kacang parang. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila kak sally dan anak-anak tinggal di wad pediatrik hkl selepas bersalin kan mereka. Waktu yang betul-betul sebak  ialah apabila terdengar jeritan/tangisan dari anak-anak kak sally sewaktu doktor nak ambik darah. Bayangkan baby yang baru berumur beberapa hari je tu dah kena cucuk dan diambik darahnya. Kemudian mereka diletakkan dibawah cahaya lampu.

Anak sulung kak sally bacaan G6PDnya lebih banyak daripada anak kedua  sebab  anak sulung kak sally dimasukkan ke wad pediatrik hkl selepas kak sally balik ke rumah mak untuk berpantang, kemudiannya demam. Masa tu tak tau lagi keputusan ujian darah tu. Kak sally pun bagi lah anak makan ubat antibiotik dan ubat demam lainnya. Lepas susu je dia pun tidur. Tapi bila sedar semula asyik nangis je memanjang. Sampai pukul 2.00 pagi kami tak boleh tidur (masa tu mak kak sally temankan kami tidur). Anak kak sally nangis sampai panas badannya dan mata hitamnya sampai nak naik ke atas. Sedihnya dan waktu tu kak sally dah kelam kabut tak tau nak buat apa!! Pastu mak kak sally bawakan kain basah suruh letak kat dahi anak sulung kak sally dan berikan air masak selain susu badan.

Pagi esoknya panas badan anak kak sally tu dah surut dan kak sally tak nak lagi bagi ubat antibiotik tu lagi dah. Jururawat yang datang kat rumah suruh kami bawa anak sulung kak sally ni ke hospital kl. Selepas diperiksa doktor bagi surat yang kak sally dan anak sulung kena tahan kat wad pediatrik hkl. Selepas hari yang ke 11 barulah kami boleh balik. Itupun selepas bacaan G6PDnya dah turun. Kemudian doktor beri tarikh tiap-tiap bulan untuk buat 'check-up' kat wad pediatrik ni. 

Cerita anak kedua kak sally pula lebih mudah sebab lepas bersalin je doktor dah terus ambik darah dari uri untuk menentukan sama ada anak kedua ni juga menghidap penyakit G6PD ni. Memang sah anak kedua juga menghidap penyakit kekurangan G6PD ni. Alah...terpaksalah kak sally tunggu dari lepas bersalin hingga hari ke 11 di wad hospital. Hai ... hanya Allah SWT sahaja yang tau macammana rasanya duduk lama-lama kat hospital ni. Bacaan G6PD anak kedua kak sally ni tak tinggi. Alhamdullillah selepas hari yang ke 11 dah boleh balik. 

Dan sekarang...bacaan G6PD anak-anak kak sally dah normal. Mereka perlu mengikut pantang larang yang dah disebutkan kat atas tadi tu. Kat bawah ni kak sally selitkan sikit gambar-gambar yang berkaitan.

Kacang parang

Kacang pea (kacang parang)

Ubat antibiotik

Ubat gegat

Semburan asap nyamuk denggi

Sekian ... jumpa lagi di entri lain nanti.








3 comments:

Farah Deeb said...

G6PD ni keturunankan? Kan mak cite kite sume ade kuning mase kecik so sebab tulah sume anak-anak kite pun ada. Cumanya beza banyak tak banyak jelahkan. Teruk gak masa Nabilah tu ek. Rasanya mase tu kat Teknik Ipoh sebab tu tak berapa ingat hehe...

Dairi Sally said...

Farah deeb ... mak ade citer psl dy yg kena tahan kat wad sbb kuningnya tinggi tapi tak taulah klau itupun G6PD jugak sbb dulu2 mungkin doktor tak tau namanya kot. mak kata masa tu arwah abah ngan arwah tok aje yg gi jaga sbb mak berpantang kat umah.Tapi akak pun tak ingat sgt sbb mase tu kan kecik. Klau time ijam ngan farah pun akak rase cam tak de kut sbb mak balik dari hospital lepas salinkan farah/ijam dlm 2 hari je.

tifah said...

asmk..anak2 akak yang sulung dan kedua ada G6PD. anehnya yg ketiga dan keempat tak ada pulak..nak kata keturunan, napa yg ke3 dan 4 tak ada kena..agaknya pemakanan semasa kita mengandung tak?
memang betul, pantangnya sama lah,yg sulung bacaan kuningnya tinggi smpai doktor nak tukar darah. akak tak izinkan, jadi doktor tu marah akak dan takkan bertanggungjawab nnt. akak jwb, akak tawakkal aje. langsung doktor tu diam..
smpai skrg anak sulung dah 23 thn,alhamdulillah, tak ada lah komplikasi yg serius, begitu juga yg kedua(kembar)..

Followers

Recent Comments