Assalamualaikum, apa khabar kawan-kawan blogger? Hari ni kak ina nak kongsi resepi yang kak ina buat untuk berbuka puasa semalam.
Resepinya ialah Pegedil Ikan. Anggaran hidangan ialah untuk 4 orang.
- 2 ekor ikan kembung - direbus dan diambil isinya serta ditumbuk lumat
- 3 biji ubi kentang - direbus dan dilenyek lumat
- 1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
- lada sulah secukup rasa
- daun bawang dan daun sup ikut selera
- 1/2 atau 1 biji cili merah, 1/2 biji bawang besar, garam dan serbuk perasa
- 2 atau 3 biji telur dipukul kembang untuk mencelup pegedil
Cara memasaknya : Gaulkan isi ikan yang telah ditumbuk lumat bersama-sama dengan ubi kentang, lada hitam, lada sulah, daun bawang dan daun sup, cilimerah dan bawang besar yang dipotong dadu, garam dan serbuk perasa. Kemudian celupkan ke dalam telur tadi dan digoreng sehingga berwarna kuning keemasan. Siap dan bolehlah dihidangkan bersama-sama dengan sos cili.
Mudah aje kan ... selamat mencuba. Sambil tu kita layan lagi gambar-gambarnya.
6 comments:
Nyum nyummmm.. ni mase kecik mak selalu wat kan? Bestnya...
My latest Entry :)
JJCM: Day 5 Ramadhan 1433
wah!! ingat begedil kentang aje...ikan pun boleh....thanks sharing kak ina!
ika tak suka makan begedil. makan sekali dulu, pastu terus taknak dah.hahah
a'aa akak memang suka makan pegedil ikan yang mak buat dulu tu.
sama-sama Mrs. Abi ... pegedil ni mak kak ina dulu selalu buat dan kita bolehlah pelbagaikan lagi cara masaknye cthnye selepas celup telur kemudian celup pulak kat serbuk roti atau biskut krim kraker kering yang dah ditumbuk halus.
kalau tak nak makan pun tak pe...kak ina tak pakse...muuaaahhahahaha
Post a Comment