Wednesday, November 21, 2012

KEK LAPIS PANDAN


Assalamualaikum, hari ni kak ina nak kongsi gambar-gambar dan resepi kek lapis pandan yang dah kak ina buat pada Hari Raya Aidil Fitri 2012. Kak ina memang suka kek lapis pandan ni dan ini adalah cubaan pertama kak ina membuatnya. Resepinya kak ina ambil dari MyResepi.




Bahan-bahan :

5 biji telur
160gm gula kastor
125gm tepung gandum diayak bersama 1 camca teh baking powder
75gm minyak jagung
15gm ovallete
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair 

Bahan-bahan utk kastad :

1050gm santan
225gm gula
10gm serbuk agar-agar
1 camca teh paste pandan
100gm tepung hoen kwee (warna hijau)
75ml jus pandan 
secubit garam

Cara penyediaan :
Campurkan telur, ovallete, gula dan paste pandan kemudian pukul hingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan juga susu segar/cair tadi. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang yg telah disapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Bakar dalam oven 175'C selama 30 minit. Sejukkan kek dulu sebelum di potong kepada 3 keping.

Satukan semua bahan untuk kastad dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler) gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam.

Tuang 1/3 adunan kastad dalam loyang dan ratakan. Lapiskan dengan sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 adunan kastad untuk lapisan kedua dan lapiskan dengan sekeping kek lagi. Tuang 1/3 adunan kastad untuk lapisan ketiga dan akhiri dengan lapisan kek. 

Masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang. Bila menghidang terbalikkan kek tadi. Lapisan kek dibawah dan kastad di atas.




4 comments:

FARAH deeb said...

oOO nilah yang dapat rasa sikit aje haritu tu! Hahaha (ngungkit) Ni pun feberet gak ni! Wahhh jadiklah! Lepas ni nak terailah! Taim panas2 makan best,kan!

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum... singgah sini tengok kek pandan..
sedapnya.. hari tu masuk blog naz.. tengok kek dia pun teringin gak.. hmmmm nak kena test wat ni..

Sally said...

aaah mmg sedap lebih2 lagi makan lepas kuar dari peti ais...hehe.

Sally said...

Waalaikumsalam JaSSNaNi, mmg sedap kek pandan ni kan. Nasib baik pertama kali buat hari tu menjadi walaupun comot-comot sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket