KEK PISANG BERCHOC CHIP


ASSALAMUALAIKUM




Bahan-bahan untuk kek pisang berchoc chip :

4 biji pisang montel yang telah masak di lecek
4 sudu besar susu tepung (perasa coklat)
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
choc chip dan choc rice secukupnya

Cara membuatnya :

Lecekkan pisang kemudian campurkan dengan susu tepung perasa coklat. Pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian masukkan pisang tadi, minyak jagung, esen vanila dan digaul sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi ke dalam adunan pisang. Kemudian masukkan pula choc rice dan choc chip dan digaul rata. 

Sapu loyang dengan sedikit margerin kemudian masukkan adunan tadi dan dibakar sehingga masak. Lebih kurang 25 - 30 minit. Kek masak apabila lidi yang dicucuk ke dalam kek licin dan tiada adunan melekat pada lidi. 

Resepi di atas adalah resepi yang telah kak ina buat dan terpulang kepada anda untuk mengubah suai mengikut cita rasa sendiri.  



2 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
wahhhhh puas hati tengok kek pisang seboolat tu.. jadi no.. syok kan kalau wat kek jadi.. :) puas hati... time kuarkan dari oven tu sure sambil tersenyum2 seronok kan..

Farah Deeb said...

Wuiyo bleh jadik masterchef cipta resepi sendirik! Hehe... cantik pulak tu jadinya. Mesti sedap pisang + coklatkan?
My latest Entry :)
JJCM: Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan)

Followers

Recent Comments

Amir Azman commented on kekurangan g6pd penyakit keturunan: “Betul-betul first time dengar ni. Terima kasih perkongsian ni bermanfaat.”

Syazni Rahim commented on dropship era millenium ebazar int3mall: “Selamat Hari Raya Haji buat semua :)”

muhammad solehuddin commented on 165 kitchen pes masakan sup padu: “nice info!! can't wait to your next post!visit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/”

Nina Mads commented on giveaway sweet disember by syazni rahim: “semoga berjaya”

Shikin Razali commented on giveaway sweet disember by syazni rahim: “Assalamualaikum, datang singgah dari GA yang sama.. Best of luck to you.. Semoga ada rezeki untuk…”