Sunday, July 1, 2012

KEK BISKUT OREO


Assalamualaikum, kak ina teringin benar nak buat kek yang dicampur dengan biskut oreo. Tengok resepi kawan-kawan macam senang aje. Resepi ni kak ina buat sendiri ikut adunan kek yang kak ina biasa buat cuma adalah olahan sikit sebab nak campurkan biskut oreo ni. 



Sebenarnye dua-dua kek diatas adalah sama cuma kak ina masak 'double sukatan' jadi dapatlah 2 loyang kek. Satu loyang bulat dan satu lagi loyang empat segi tapi kek tu kak ina potong 3 segi sebab nak lapiskan ... dan jadilah seperti gambar di atas...hehe

Bahan-bahan:
  1. 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  2. 250 gm buttercup
  3. 137 gm biskut oreo (dicincang hancur sekali dengan krimnye)
  4. 2 cawan gula kastor
  5. 6 biji telur
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. 1 sudu teh baking powder
    Cara penyediaan:
    Putar buttercup dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Tepung yang telah diayak bersama-sama dengan baking powder tadi dimasukkan berselang-seli dengan air. Mulakan dengan tepung dan disudahi juga dengan tepung. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dicincang halus tadi dan digaul rata. 
    Sediakan loyang pembakar dan masukkan adunan ke dalam loyang dan dibakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan krim. Kak ina gunakan krim 'buttercream icing'. 
    Selamat mencuba! 



7 comments:

FARAH deeb said...

Pehhh rajinnye wat kek selalu! Heheee.. kalau dekat dah bleh singgah dah menyibuk hahaha... gambo bahagian dalam takde ke? Nak tengok gak lapis dalam caner. Kire dah terer la ni bleh olah2 sendiri. Kite ni dok tengok resepi lagi! Huhuu...

Sally said...

bila ade masa akak buat sbb kan dah ade blog jadi kenalah rajin2 cuba resepi. itupun akak byk cari kat tenet ni dan dari blog kwn2. ttg gambar dlm tu nanti akak htr msg ... hehe ! hari tu tak sempat nak snap sbb byk gambar yg masuk dlm blog ni akak guna hp ijam yg sony tu jadi kdg2 nak dptkan line usb pulak buat perangai...tu yg tgh dok cari hp yg bagus sikit...

✿Lady Ainaa✿ said...

kek oreo?? wahhhh sedap sedap sedap!!!!! rajinnya buat kek.. ena nie suka buat kek tp mls tu menghalang dri utk bertindak hehehe... btw, minx print resepi nie erk.. nk try buat...

Sally said...

kak ina memang minat buat kek cuma dulu tak pandai buat krim nye tapi sejak dah ade tenent ni, godek sana godek sini akhirnye dapatlah belajar sikit2. tu pun tak lah cantik dan kemas lagi hiasannye. Silakan lah!

FARAH deeb said...

Hehehe.. cepatlah dapat EPF tu ye :P Gambar dah dapat semalam! Tq.

Pink PlatypuS ^^ said...

tulah...harap2 tuan badan tu tak marah bila mintak sikit. maklumlah duit dia bukan duit kita...

Sally said...

Farah deeb...sorry bukan Pink PlatypuS yg jawab...tersalah klik...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket