Showing posts with label menu/pelbagai. Show all posts
Showing posts with label menu/pelbagai. Show all posts

SEDAPNYA MAKAN PIZZA HUT


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah hari ni dapat makan pizza hut, rezeki dari anak-anak sally...nabilah dan siti. Cepat betul servis penghantaran di batang kali ni. Terima kasih nabilah dan siti. Jom kita layan gambar-gambarnya...



Pizza baru...BBQ Chicken, memang sedap

Hawaiian Chicken

Beef Pepperoni

Semua pizza ni anak sally ...nabilah order 'on-call' je dan menggunakan kupon untuk 3 pizza bersaiz 'regular'. Memang berbaloi dengan harga dia. Insyaallah kalau ada rezeki bolehlah order lagi kan!!








RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE LELEH


ASSALAMUALAIKUM


Minggu ni kak sally buat 'red velvet cake' yang bertopping cream cheese meleleh. Untuk adunan kek red velvet ni kak sally gunakan tepung segera. Senang aje caranya cuma tambah susu segar dan minyak jagung/minyak sahaja. Sukatan susu segar dan minyak tu ada disertakan kat bungkusan dia. 

Untuk topping cream cheese tu kak sally putarkan cream cheese, whipping cream, gula ising dan esen vanila. 

Jom layan lagi gambar-gambar kek red velvet ni...






sedap...terima kasih farah sbb tolong belikan tepung segera tu...





OREO CUPCAKE & BANANA CUPCAKE


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kak sally nak kongsi gambar-gambar Oreo cupcake dan Banana cupcake yang anak kak sally dan kak sally buat pada hari sabtu, 23/11/2013. 

Oreo cupcake : bahan-bahan yang kak sally gunakan ialah biskut oreo coklat 2 bungkus, tepung muffin segera 1 bungkus. Adunan tepung segera ni boleh dapat dalam 29 cupcake. Untuk krim kak sally gunakan butter cream.

oreo cupcake yang dah masak tapi belum disapu krim


biskut oreo yang telah disusun dalam cawan kertas


butter cream yang digunakan untuk topping



adunan sedang diisi ke dalam cawan yang berisi oreo tadi

Banana cupcake : bahan-bahannya ; 9 biji pisang emas dilecek dan campurkan dengan 4 sudu besar susu tepung. 2 biji telur dipukul bersama dengan 1 1/2 cawan gula perang sampai kembang. Kemudian masukkan pisang, 3/4 cawan minyak masak, 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat yg telah dilarutkan dgn 2 sudu besar air panas mendidih, 1 1/2 sudu teh esen vanila dan 2 1/2 cawan tepung gandum. Gaul sampai rata semua bahan-bahan ni kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk cupcake dan dihiasi dengan chocolate rice. Bakar sehingga masak.




Maaf gambar Oreo cupcake yang dah siap sepenuhnya berserta dengan topping butter cream tak sempat nak ambik. Terima kasih singgah ke sini...






KEK LA KOPIKO


ASSALAMUALAIKUM

Salam Maal Hijrah buat semua rakan-rakan blogger. Dah lama kak sally tak dapat 'update' blog sebab komputer kak sally ada masalah sikit. Tapi sekarang dah ok. Hari ni kak sally nak kongsi gambar kek kopi. Kopi yang kak sally gunakan ialah LA Kopiko. Rasa kopi ni manis dan tidak pahit. Kak sally gunakan resepi kek biasa cuma ditambahkan serbuk kopi LA Kopiko ni ke dalam adunan kek dan krimnya. Untuk krim kak sally gunakan whipping cream aje. Beginilah hasilnya...





MENU JUMAAT 7/6/2013



ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kak sally masak ayam bakar. Sedap...tapi bahan-bahan untuk memerap ayam tu kurang sikit jumlahnya daripada tuan punye resepi. Ini pun anak kak sally yang suruh masak ikut resepi dari blogger yang bernama Intan Berlian. Kalau tengok ayam yang kat dalam blog Intan Berlian ni memang menyelerakan. Terima kasih pada Intan Berlian kerana sudi berkongsi resepi ayam bakar tu ye! Jom layan gambar ayam bakar yang kak sally masak tadi...



Nampak cam hangit kan ... sebenarnya tak. Kemudian kak sally buat pula sayur jelatah dari kobis  ungu...


Sempat jugak kak sally buat kek coklat moist menggunakan tepung coklat segera. Dilapisi dengan cream cheese dan topping dengan coklat cair. Sedap...




Maaflah ye...gambar kek ni gelap / kabur sikit. 




ROTI SOSEJ DAN ROTI TUNA


ASSALAMUALAIKUM, entri kali ni kak ina nak citer sikit pasal roti sosej dan roti berinti tuna.
Hari Isnin (10/12/12), anak-anak kak ina buat roti sosej dan roti berinti tuna untuk makan petang. Anak sulung kak ina balik bercuti dari kolej bakeri di Kelana Jaya jadi katanye nak buat roti sosej. Kak ina tak pernah buat roti, selalu jugak tengok resepi-resepi roti tapi tak pernah buat pun. Resepinye ikut dari cara anak sulung kak ina tu belajar tapi ade jugak bahan-bahan yang kami tak ikut sepenuhnye sebab tak ade.

Walaupun begitu roti-roti yang anak kak ina buat ni memang sedap. Jom layan gambar-gambarnye...










**************************************************



Selasa (11/12/12) sempat bergambar di stesen komuter Batang Kali
sewaktu anak sulung kak ina nak balik ke kolej












Followers

Recent Comments