Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

HARI RAYA AIDIL ADHA 2022

 

Assalamualaikum, semoga yang membaca coretan ina ini sentiasa berada di dalam keadaan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt...aamiin.

Hari ini baru berkesempatan untuk menaip cerita mengenai sambutan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji bagi tahun 2022 yang jatuh pada hari Sabtu 9hb Julai 2022. Tahun ini kami sekeluarga hanya menyambut hari raya ini di rumah sahaja. Anak ina yang adik (siti) kerja, kakak (nabilah) cuti jadi dia yang memasak untuk jamuan makan kami sekeluarga. 

Tahun ini juga emak ina dan kakak ina (kak lela) telah kembali ke Rahmatullah, jadi perasaan nak sambut raya tu macam dah takde sangat. Nak balik rumah mak, mak dah takde... Arwah Emak meninggal pada bulan Mac 2022 dan arwah kak lela pada bulan Jun 2022. Maknenya memang dari Hari Raya Aidil Fitri (Puasa) lagi ina dah takde bersemangat nak sambut raya sebab mak dah takde. Kami sambut raya pun hanya pergi ke rumah uncle ina yang berada di Shah Alam bersama-sama dengan adik-beradik ina. Waktu ini arwah kak lela masih ada. Tak sangka inilah kali terakhir ina berjumpa dengan arwah kakak. 😢

Sejak arwah mak dan arwah kakak dah takde, rasa macam susah nak move on mula-mula. Lebih-lebih lagi ina sekarang menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk-produk dari jenama INT3TREE. Kadang-kadang tu rasa macam betul ke apa yang aku buat ni? Bukan saja-saja ina ceburi bidang perniagaan ni. Yang pasti ina hendak mendapat atau menjana pendapatan sendiri tanpa mengharapkan pada anak-anak 100%. Maklumlah anak-anak pun ada kehendak dan komitmen mereka sendiri. Apa yang mereka bagi alhamdulillah ina terima dengan redha dan bersyukur kpd ALLAH swt sebab masih ada rezeki dari NYA. Semoga anak-anak ina juga diberi keberkatan rezeki yang banyak dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat...aaminn.

Alhamdulillah tahun ini ina dapat mendaftar nama untuk program KORBAN  pada Hari Raya Aidil Adha tahun 2022 dengan program dari YAYASAN IKHLAS. Lembu korban tu ina pilih untuk luar negara iaitu India. 

***********************************************************************************

Di bawah ini ina kongsikan sedikit gambar-gambar yang berkaitan ... supaya tak la rasa bosan cerita takde gambar kan!

                                                                                   




Kuih-kuih ini ina order dari The Kueh. Memang sedap-sedap semua, bukan saja kuih tetapi pelbagai jenis nasi pun boleh tempah. Kuih-kuih ni dibawa khas ke rumah uncle ina semasa kami datang berHari Raya. Auntie ina sediakan mee rebus untuk kami.





Rendang ayam, rendang daging, sayur lodeh, ketupat dan lemang semua tu juadah untuk Hari Raya Aidil Adha. Semua dimasak oleh kakak (nabilah) kecuali lemang beli. Nasi impit biasalah beli dan rebus sendiri.


Yang ini Sijil Digital dari Yayasan Ikhlas.

Terima kasih singgah dan baca blog ina.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk INT3TREE atau ingin turut sama menjana pendapatan boleh klik link ini untuk daftar percuma ... https://int3mall.je/register?referral_code=INT25030

Atau boleh terus ke kedai ...  Lyna Beauty Int3tree 




                                                                                 



INT3MALL - MALAYSIA HALAL MALL

 Assalamualaikum, 

Ina nak kongsi sikit tentang apa itu int3mall? Int3mall ialah satu platform berbelanja dengan harga borong walau seunit dan dapat cashback. Berbagai produk seperti produk kanak-kanak, produk kecantikan, produk kesihatan, produk makanan, minuman, barangan dapur, barangan memasak dan juga produk untuk warga emas. Produk-produk yang ada di sini adalah dari syarikat dan produk yang mematuhi syariah.

Di sini juga ina kongsikan beberapa gambar untuk rujukan dan fahaman anda ye.






Di bawah ini produk-produk yang terdapat di int3mall











Selain dari produk-produk ini ada lagi yer seperti madu, biskut dll. Jadi kalau anda nak tengok produk-produk yang lain lagi boleh klik int3mall

Gambar di bawah ni adalah step untuk membuat pembelian...




Sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan kewangan lebih-lebih lagi yang tidak bekerja bolehlah cuba berniaga macam ina ni. Ina pun baru je join Int3tree ni sebab faham-faham je lah suami ina kan kena minor stroke seperti yg ina ada ceritakan dalam blog sebelum ni. Suami ina dah tak boleh bekerja kerana faktor umur dan ketidakupayaannya kesan dari stroke tersebut. 

Jadi dengan join bisnes int3tree dan menjadi Online Seller Fulltime ina berharap semoga usaha ina ini mendapat keberkatan dari Allah SWT...aamiin.  Semoga anda juga akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka dan yang penting ialah rezeki yang berkah...aamiin.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk-produk int3tree boleh klik ... wssp















UJIAN DARI ALLAH SWT

 Assalamualaikum, lama benar blog ina ni dah bersawang,,hehe. Maklumlah macam-macam hal yang terjadi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Suami ina diserang stroke pd awal bulan februari 2021. Waktu tu juga negara diserang wabak covid 19. Kelam kabut semuanya. 

Mula-mula abang dimasukkan ke wad emergency hospital kuala kubu. Lepas doktor check x-ray, doktor cakap macam ada simptom covid 19. Petang tu jugak kena pindah ke hospital selayang. Ambulan yang bawak, ina dan anak tak boleh ikut sebab abang kena kuarantin sampai keluar keputusan swab test. Ina diberitahu abang kena kuarantin di hospital selayang di bahagian emergency. Tunggu sehari dua keputusan swab test.

Ramai dah bertanya keadaan abang, tapi ina sebagai isteri pun masih tak tau apa2 lagi keputusan pada esok hari. Call hospital selayang, mereka tak dapat nak bagi informasi sebab sistem komputer mereka breakdown. Maknanya abang didaftar masuk secara manual tulis kat buku jadi agak sukar nak cari melalui komputer kedudukan abang. Hari-hari ina call hospital nak tau macammana keadaan abang tapi tak berhasil. Boleh tak korang bayangkan macammana perasaan ina bila cari suami tak jumpa2.

Kalau tak salah ina hari ke 3, ina dan nabilah pergi ke hospital selayang cari abang. Ina siap masuk dalam kawasan red zone tanya doktor2 dan nurse2 yang pakai uniform ppe tanpa peduli kesannya pada ina. Akhirnya ada sorang doktor perempuan ni kesian pada ina dan tolong tanyakan dan alhamdulillah rupanya abang telah dimasukkan ke wad dan keputusan swab test nya negatif. Nak cari wad pun ina kena call dari rumah tiap2 hari tanya di setiap tingkat.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga cari abang dimana, tapi ina tak dibenarkan naik ke bilik wad sebab masa tu kes covid19 tengah bermaharajalela. Ina boleh hantar pampers dan wet wipes jer tu pun hantar kat security guard di bawah yang akan hantar brg2 keperluan. Hari2 ina risau macammana abang nak kencing dan buang air besar sbb dia tak boleh bangun berjalan sbb risiko jatuh tu tinggi. Akhirnya kalau tak salah ina hari yang ke10 atau 12 abang dah boleh discaj. Kebetulan ina dan anak memang tengah bersiap2 untuk ke hospital selayang membawa barang2 keperluan abang pastu doktor yang merawat abang call bagitau yang abang dah boleh balik rumah. Alhamdulillah

Tapi lambat jugak la proses nak keluar wad sebab kena siapkan dokumen2 untuk diberi pada doktor fisio, doktor kementerian kesihatan yang berdekatan utk check up bulanan dan juga urusan bayaran yuran tinggal di wad. Dah balik rumah bermulalah kehidupan baru ina dan anak-beranak tapi lebih kepada ina sebab anak2 sudah bekerja jadi mula2 memang macam kekok sikit sebab dulu kita salin pampers anak yang masih baby tapi skrg kita kena uruskan pampers orang dewasa pula. 

Alhamdulillah sekarang abang dah boleh berjalan cuma kekuatan pada kaki tu masih tidak kuat. Ada buat fisioterapi di hospital selayang sehingga bulan jun sahaja sebab mintak tukar ke hospital kuala kubu baru sebab jauh dan masa tu pkp jadi selalu jammed di laluan sg choh. Abang ada juga menjalani urutan badan sebanyak 4 kali. Abang doktor tafsirkan sebagai minor stroke sebab hanya sebelah kiri badan sahaja. Punca sebab tekanan darah tinggi 2++ lebih masa kejadian dan ada kesan pendarahan dalam kepala. 

Gambar ina ambik dari tingkap wad hospital selayang sementara menunggu urusan dokumen2 disiapkan.

Sekarang kalau nak berjalan mana2 abang duduk di kerusi roda sahaja sbb dia cepat penat. Dibawah ni gambar semasa kami pergi ke AEON Rawang selepas Selangor masuk fasa 3. 









FAMILY DAY 3.0 WARIS FATIMAH 7 DAN 8 HB DISEMBER 2019, ULU VILLAGE CAMP, KG JAHANG, GOPENG




ASSALAMUALAIKUM


Salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog ina. Kali ini ina nak ceritakan mengenai "FAMILY DAY WARIS FATIMAH yang ke 3.0 bertempat di Ulu Village Camp, Sg. Jahang, Gopeng, Perak. Family day ini dimulakan perasmiannya pada 7hb disember 2019 dan berakhir pada 8hb disember 2019. Arwah Fatimah ialah nenek ina yang kami panggil tok di sebelah mak ina. Waris Fatimah terdiri daripada generasi 1, generasi 2, generasi 3 dan generasi 4. Ina merupakan generasi ke 2 bagi waris Fatimah ini.

Ina dan ada juga ahli keluarga waris Fatimah yang datang pada hari jumaat iaitu 6hb disember dan selebihnya datang pada pagi sabtu 7hb disember. Mula-mula sampai di camp tersebut kami mengambil kunci bilik chalet masing-masing. Selepas solat isyak kami berkumpul di kantin untuk makan malam yang kebanyakkan lauk-lauknya adalah secara pot luck. 



Di Ulu Village Camp ni terdapat chalet-chalet yang mengikut harga-harga tertentu dan juga dorm. Kantin yang kami makan malam ni bersebelahan dengan kolam mandi yang memang sesuai sangat untuk kanak-kanak. Di belakang kantin ini juga adalah dusun durian yang dipunyai oleh pemilik chalet. Kebetulan waktu kami berada di sini memang musim buah durian banyak. Sesiapa yang nak makan buah durian di sini akan dikenakan bayaran, kalau tak silap ina sebanyak RM10.00. Tapi kami waris Fatimah tak payah bayar untuk makan durian sebab uncle mie, suami anty yo iaitu anty ina  dari generasi waris Fatimah 1 juga memiliki dusun durian sendiri. Rezeki kami waris Fatimah dapat makan durian dari hari pertama ke sini iaitu hari jumaat hinggalah ke hari ahad. 

Kolam renang



Jenis-jenis chalet di sini

 Upacara perasmian telah dilaksanakan oleh uncle ina yang bernama Tuan Haji Ismail bin Abdullah adik mak ina dari generasi 1.  Acara pertama tentulah games untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun ke bawah dan seterusnya. Jom kita tengok gambar-gambar yang berkaitan...


Acara cari gula-gula dalam tepung



Berlari kepit belon di lutut

Lari bawa bola ping-pong dalam sudu


Beyblade atau gasing moden

Susun cawan 

Acara makan sosej dan mamee pedas melampau

Acara kupas kulit epal terpanjang

Acara asingkan kacang menggunakan penyepit

Sebenarnya banyak lagi acara-acara untuk kanak-kanak dan dewasa tapi ina hanya post mana yang ada dalam hp ina je ye.  


Pada sebelah malam banyak juga acara yang disediakan seperti penyampaian nyanyian oleh anak2 kategori Gen 3,peraduan memasak,membaca puisi oleh Uncle Ekbar dari Gen 1 dan penyampaian hadiah istimewa untuk Gen 1 iaitu mak Ina dan anty Lah (Mak Engku) dan penyampaian hadiah untuk pemenang2 untuk acara yang berlangsung tadi.Akhir sekali cabutan nombor bertuah.





Persembahan nyanyian oleh anak2 kategori Gen3




                    Pemenang 1st pertandingan memasak - Lamb Beef Stew w Pomegranate Juice




                                                                Dalca Kambing



Beef Stew




Ikan Bakar Portugis


Asam Pedas Daging 




Seafood Spaghetti



Puisi disampaikan oleh Uncle Ekbar


                                                                        Puisi Beliau



Penyampaian hadiah waris tertua generasi Fatimah (mak Ina)


                                                                  Anty Lah (Mak Engku)

 Jom kita layan gambar2 sepanjang family day ni.....
  











Disini ina mengambil kesempatan meminta izin meletakkan gambar2 waris Fatimah dari Gen1 sehingga Gen4.Semoga tali persaudaraan kita berpanjangan hingga ke akhir hayat.Sayang semua.

Followers

Recent Comments