Assalamualaikum, lama benar blog ina ni dah bersawang,,hehe. Maklumlah macam-macam hal yang terjadi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Suami ina diserang stroke pd awal bulan februari 2021. Waktu tu juga negara diserang wabak covid 19. Kelam kabut semuanya.
Mula-mula abang dimasukkan ke wad emergency hospital kuala kubu. Lepas doktor check x-ray, doktor cakap macam ada simptom covid 19. Petang tu jugak kena pindah ke hospital selayang. Ambulan yang bawak, ina dan anak tak boleh ikut sebab abang kena kuarantin sampai keluar keputusan swab test. Ina diberitahu abang kena kuarantin di hospital selayang di bahagian emergency. Tunggu sehari dua keputusan swab test.
Ramai dah bertanya keadaan abang, tapi ina sebagai isteri pun masih tak tau apa2 lagi keputusan pada esok hari. Call hospital selayang, mereka tak dapat nak bagi informasi sebab sistem komputer mereka breakdown. Maknanya abang didaftar masuk secara manual tulis kat buku jadi agak sukar nak cari melalui komputer kedudukan abang. Hari-hari ina call hospital nak tau macammana keadaan abang tapi tak berhasil. Boleh tak korang bayangkan macammana perasaan ina bila cari suami tak jumpa2.
Kalau tak salah ina hari ke 3, ina dan nabilah pergi ke hospital selayang cari abang. Ina siap masuk dalam kawasan red zone tanya doktor2 dan nurse2 yang pakai uniform ppe tanpa peduli kesannya pada ina. Akhirnya ada sorang doktor perempuan ni kesian pada ina dan tolong tanyakan dan alhamdulillah rupanya abang telah dimasukkan ke wad dan keputusan swab test nya negatif. Nak cari wad pun ina kena call dari rumah tiap2 hari tanya di setiap tingkat.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga cari abang dimana, tapi ina tak dibenarkan naik ke bilik wad sebab masa tu kes covid19 tengah bermaharajalela. Ina boleh hantar pampers dan wet wipes jer tu pun hantar kat security guard di bawah yang akan hantar brg2 keperluan. Hari2 ina risau macammana abang nak kencing dan buang air besar sbb dia tak boleh bangun berjalan sbb risiko jatuh tu tinggi. Akhirnya kalau tak salah ina hari yang ke10 atau 12 abang dah boleh discaj. Kebetulan ina dan anak memang tengah bersiap2 untuk ke hospital selayang membawa barang2 keperluan abang pastu doktor yang merawat abang call bagitau yang abang dah boleh balik rumah. Alhamdulillah
Tapi lambat jugak la proses nak keluar wad sebab kena siapkan dokumen2 untuk diberi pada doktor fisio, doktor kementerian kesihatan yang berdekatan utk check up bulanan dan juga urusan bayaran yuran tinggal di wad. Dah balik rumah bermulalah kehidupan baru ina dan anak-beranak tapi lebih kepada ina sebab anak2 sudah bekerja jadi mula2 memang macam kekok sikit sebab dulu kita salin pampers anak yang masih baby tapi skrg kita kena uruskan pampers orang dewasa pula.
Alhamdulillah sekarang abang dah boleh berjalan cuma kekuatan pada kaki tu masih tidak kuat. Ada buat fisioterapi di hospital selayang sehingga bulan jun sahaja sebab mintak tukar ke hospital kuala kubu baru sebab jauh dan masa tu pkp jadi selalu jammed di laluan sg choh. Abang ada juga menjalani urutan badan sebanyak 4 kali. Abang doktor tafsirkan sebagai minor stroke sebab hanya sebelah kiri badan sahaja. Punca sebab tekanan darah tinggi 2++ lebih masa kejadian dan ada kesan pendarahan dalam kepala.
Gambar ina ambik dari tingkap wad hospital selayang sementara menunggu urusan dokumen2 disiapkan.
1 comments:
Wah tahniah dah buang sarang spider. �� Baru dpt gambaran penuh caner kejadian, alhamdulillah dah sihat walaupun belum kembali normal sepenuhnya.
Post a Comment