ASSALAMUALAIKUM
Tarikh 25/05/2013 hari Sabtu merupakan hari bersejarah bagi anak buah kak sally iaitu anak sulung kakak kak sally yang biasa kami panggil maisarah dan pasangannya eijam yang mana mereka telah pun selamat dinikahkan di rumah mak kak sally di taman ibu kota. Majlis persandingan juga diadakan di sini.
Pada malam Jumaat tu abang kak sally telah belanja kami semua dengan ayam goreng kfc.
Juadah untuk tetamu di majlis doa selamat dan doa tahlil ialah nasi putih, ikan masak asam pedas, ikan goreng tepung, telur dadar, ikan masin, pegaga masak lemak putih, sambal belacan dan ulam-ulaman. Pisang, pulut kuning dan rendang daging turut dihidangkan.
Aktiviti mengisi bunga telur oleh anak-anak dan anak-anak buah kak sally.
Hantaran dari pihak perempuan dan lelaki.
Katering untuk majlis perkahwinan.
Acara malam pula dimulai dengan memotong kek red velvet yang dibuat oleh adik kak sally (Farah deeb) dan diakhiri dengan membuka hadiah.
*********************************************************************************
SELAMAT PENGANTIN BARU MAISARAH DAN EIJAM
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE ANAK CUCU
AMIN
******SELESAI******
*Terima kasih juga kepada : http://apertureaddiction.com/blog/ yang telah menaja beberapa gambar pada blog kak sally ni.
1 comments:
selamat pengantin baru.. moga kekal bhgia hingga ke alam syurga.. amin.. =)
Post a Comment