Big GiveAway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool


ASSALAMUALAIKUM



Kak ina join giveaway ni, jom kita join ramai-ramai. Banyak hadiah-hadiah best yang disediakan. Untuk lebih info klik kat banner di atas ye!




MAJLIS PERKAHWINAN AM (BHGIAN 2)


ASSALAMUALAIKUM
Selesai majlis akad nikah, kami menjamu selera sambil diiringi oleh penari-penari dari SMK Ghafar Baba, Melaka.

Selesai acara di sebelah petang kami dijemput sekali lagi untuk menghadiri acara di sebelah malam pula. Acara malam pula dimulai dengan perarakan dan kami disambut dengan mercun,
sungguh meriah sekali!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Majlis diteruskan lagi sehingga hari Sabtu (9/2/2013). 






Cute kan kertas tisu dan beg ni... ok sampai di sini saja. Kepada Am dan Sarahatika "semoga jodoh berpanjangan sehingga ke anak cucu". Terima kasih juga kepada kak adik yg menguruskan tempat penginapan kami, memang best dan seronok sangat.

Gambar-gambar permandangan laut di Linggi, Melaka. Nak masukkan jugak ... hehe...jom layan.

























MAJLIS PERKAHWINAN AM (ABG NANA)


ASSALAMUALAIKUM


Cuti tahun baru cina ni kak ina dan keluarga pergi ke Kuala Linggi, Melaka menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan anak buah suami kak ina iaitu Am, abg kepada Nana. Majlis pernikahan telah berlangsung pada petang Jumaat selepas solat Asar di Masjid Al-Muttaqqin.



Kami bertolak pada pagi hari Jumaat tu iaitu 8/2/2013 selepas singgah ke Kelana Jaya ambil anak sulung kak ina tu. Cuaca pada pagi Jumaat tu mendung dan hujan turun renyai-renyai. Semasa di tol Rawang, hujan turun lebat. Risau jugak hati kak ina jalan dalam hujan lebat ni tapi Alhamdullillah hujan mula berhenti di pertengahan jalan. Kereta pun tidak banyak jadi lancar saja perjalanan kami. Semasa di tol sungai besi, hujan gerimis saja. Dari sini kami berhenti di R&R Mambau untuk berehat sebentar dan bertemu dengan ahli keluarga suami sebelum meneruskan perjalanan. 


Bila sampai di Port Dickson, kami singgah di banglo VIP untuk bertemu dengan kaklong suami kak ina. Sempat jugak bergambar di  sini. 








Dari sini kami terus ke rumah pengantin perempuan untuk makan tengahhari.



Selesai para lelaki menunaikan solat Jumaat, kami bertolak ke chalet untuk berehat. Chalet yang kami duduki ni memang best. Bersebelahan dengan laut dan biliknya memang selesa. 





Gambar-gambar Am dan Atika selesai akad nikah










Selesai majlis akad nikah, kami sekali lagi dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. 

Bahagian pertama sampai di sini sahaja dan kak ina akan sambung bahagian kedua nanti. Jangan lupa singgah ke sini lagi ye!





























WORDLESS WEDNESDAY *17


ASSALAMUALAIKUM

WORDLESS WEDNESDAY FOR TODAY

MINI GOLDEN PUMPKIN



MINI LABU SAYUNG


GA KAIN PASANG BY INTAN FIRDAUS



ASSALAMUALAIKUM


Malam ni kak ina join GA lagi...

"GA - KAIN PASANG"

oleh 

Fatin Firdaus

Untuk lebih info 'klik' banner kat atas ye!

Followers

Recent Comments