ASSALAMUALAIKUM
Cuti tahun baru cina ni kak ina dan keluarga pergi ke Kuala Linggi, Melaka menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan anak buah suami kak ina iaitu Am, abg kepada Nana. Majlis pernikahan telah berlangsung pada petang Jumaat selepas solat Asar di Masjid Al-Muttaqqin.
Kami bertolak pada pagi hari Jumaat tu iaitu 8/2/2013 selepas singgah ke Kelana Jaya ambil anak sulung kak ina tu. Cuaca pada pagi Jumaat tu mendung dan hujan turun renyai-renyai. Semasa di tol Rawang, hujan turun lebat. Risau jugak hati kak ina jalan dalam hujan lebat ni tapi Alhamdullillah hujan mula berhenti di pertengahan jalan. Kereta pun tidak banyak jadi lancar saja perjalanan kami. Semasa di tol sungai besi, hujan gerimis saja. Dari sini kami berhenti di R&R Mambau untuk berehat sebentar dan bertemu dengan ahli keluarga suami sebelum meneruskan perjalanan.
Bila sampai di Port Dickson, kami singgah di banglo VIP untuk bertemu dengan kaklong suami kak ina. Sempat jugak bergambar di sini.
Dari sini kami terus ke rumah pengantin perempuan untuk makan tengahhari.
Selesai para lelaki menunaikan solat Jumaat, kami bertolak ke chalet untuk berehat. Chalet yang kami duduki ni memang best. Bersebelahan dengan laut dan biliknya memang selesa.
Gambar-gambar Am dan Atika selesai akad nikah
Selesai majlis akad nikah, kami sekali lagi dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera.
Bahagian pertama sampai di sini sahaja dan kak ina akan sambung bahagian kedua nanti. Jangan lupa singgah ke sini lagi ye!
0 comments:
Post a Comment