Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

MAD ABOUT CAKE - COOKIES by CHEF WAN NOR

 

Assalamualaikum, selamat pagi semua... tak lama lagi iaitu lebih kurang dalam 15 hari lagi semua umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali Hari Raya Haji. Menunaikan ibadah haji adalah merupakan rukun Islam yang ke 5 dan diwajibkan kepada orang-orang Islam yang berkemampuan melaksanakannya. Untuk menunaikan ibadah haji ini kita perlu kuat dari segi mental dan fizikal. Rindu pulak nak jejakkan kaki lagi ke Mekah dan Madinah..

Ina belum ada rezeki lagi untuk menunaikan ibadah haji walaubagaimanapun ina bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah umrah pada tahun 2018 bersama dengan suami dan anak no 2. Untuk yang ingin membaca pengalaman ina semasa menunaikan ibadah umrah tersebut boleh la singgah di sini 

Buat mereka yang ingin membeli kuih raya atau cookies boleh dapatkan di apps Int3mall  apps yang mudah untuk anda membeli produk-produk muslim. Cookies yang sedap-sedap ini adalah hasil tangan oleh Chef Malaysia iaitu Chef Wan Nor 

Jom kita tengok cookies-cookies yang ada di int3mall kami ...


                                                                                     


Cornflakes cookies


Oat and raisin cookies 


fabulous 5 buttercookies


red velvet cookies


cookies and cream


double chocolate cookies


Anda digalakkan mendaftar apps Int3mall sebelum membuat pembelian supaya anda boleh mendapat harga penjimatan. Lebih jimat lebih untung.  Apps ini baru dilancarkan March 2023 dan merupakan apps digital muslim yang diiktiraf. Foundernya merupakan seorang cikgu yang kami panggil CS iaitu Cikgu Sudirman. Yang penting apps ini bukan MLM.  Tidak susah membeli di apps ini kerana caranya sama sahaja seperti apps Shopee dan lazada.











HARI RAYA AIDIL ADHA 2022

 

Assalamualaikum, semoga yang membaca coretan ina ini sentiasa berada di dalam keadaan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt...aamiin.

Hari ini baru berkesempatan untuk menaip cerita mengenai sambutan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji bagi tahun 2022 yang jatuh pada hari Sabtu 9hb Julai 2022. Tahun ini kami sekeluarga hanya menyambut hari raya ini di rumah sahaja. Anak ina yang adik (siti) kerja, kakak (nabilah) cuti jadi dia yang memasak untuk jamuan makan kami sekeluarga. 

Tahun ini juga emak ina dan kakak ina (kak lela) telah kembali ke Rahmatullah, jadi perasaan nak sambut raya tu macam dah takde sangat. Nak balik rumah mak, mak dah takde... Arwah Emak meninggal pada bulan Mac 2022 dan arwah kak lela pada bulan Jun 2022. Maknenya memang dari Hari Raya Aidil Fitri (Puasa) lagi ina dah takde bersemangat nak sambut raya sebab mak dah takde. Kami sambut raya pun hanya pergi ke rumah uncle ina yang berada di Shah Alam bersama-sama dengan adik-beradik ina. Waktu ini arwah kak lela masih ada. Tak sangka inilah kali terakhir ina berjumpa dengan arwah kakak. 😢

Sejak arwah mak dan arwah kakak dah takde, rasa macam susah nak move on mula-mula. Lebih-lebih lagi ina sekarang menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk-produk dari jenama INT3TREE. Kadang-kadang tu rasa macam betul ke apa yang aku buat ni? Bukan saja-saja ina ceburi bidang perniagaan ni. Yang pasti ina hendak mendapat atau menjana pendapatan sendiri tanpa mengharapkan pada anak-anak 100%. Maklumlah anak-anak pun ada kehendak dan komitmen mereka sendiri. Apa yang mereka bagi alhamdulillah ina terima dengan redha dan bersyukur kpd ALLAH swt sebab masih ada rezeki dari NYA. Semoga anak-anak ina juga diberi keberkatan rezeki yang banyak dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat...aaminn.

Alhamdulillah tahun ini ina dapat mendaftar nama untuk program KORBAN  pada Hari Raya Aidil Adha tahun 2022 dengan program dari YAYASAN IKHLAS. Lembu korban tu ina pilih untuk luar negara iaitu India. 

***********************************************************************************

Di bawah ini ina kongsikan sedikit gambar-gambar yang berkaitan ... supaya tak la rasa bosan cerita takde gambar kan!

                                                                                   




Kuih-kuih ini ina order dari The Kueh. Memang sedap-sedap semua, bukan saja kuih tetapi pelbagai jenis nasi pun boleh tempah. Kuih-kuih ni dibawa khas ke rumah uncle ina semasa kami datang berHari Raya. Auntie ina sediakan mee rebus untuk kami.





Rendang ayam, rendang daging, sayur lodeh, ketupat dan lemang semua tu juadah untuk Hari Raya Aidil Adha. Semua dimasak oleh kakak (nabilah) kecuali lemang beli. Nasi impit biasalah beli dan rebus sendiri.


Yang ini Sijil Digital dari Yayasan Ikhlas.

Terima kasih singgah dan baca blog ina.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk INT3TREE atau ingin turut sama menjana pendapatan boleh klik link ini untuk daftar percuma ... https://int3mall.je/register?referral_code=INT25030

Atau boleh terus ke kedai ...  Lyna Beauty Int3tree 




                                                                                 



HARI RAYA AIDIL FITRI 2015 / 1436H


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dapat juga menulis cerita untuk kali ini. Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT kerana tahun ini sally dan keluarga dapat menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI 2015/1436H dengan sempurna. 

Hari raya pertama tahun ini kami beraya di rumah mak di gombak kemudian selepas solat jumaat kami menyambut raya pula di rumah makcik suami sally di selayang. Raya kedua pula kami beraya di rumah kak long suami di shah alam kemudian bertolak pula ke rumah adik sally ... farah di sg buluh. Malam pula beraya di pinggiran batu caves rumah adik ipar (suraya).

Raya ketiga pula kami beraya di rumah abang sally di segambut kemudian dari situ kami bertolak balik ke batang kali pada sebelah petangnya. Seminggu selepas raya pula  adik ipar sally dari perlis (sheena) sekeluarga datang beraya ke rumah kami. Hari selasa pula kakak sally sekeluarga yang tinggal di kuantan datang beraya ke rumah kami. 1hb ogos pula mak, abang kamal sekeluarga, nizam dan farah sekeluarga datang beraya di sini pula. 

Seronok rasanya bila ramai-ramai datang ke rumah sally...terima kasih pada yang hadir dan yang tidak dapat hadir tu tak pe...bila-bila masa pun kan boleh datang, tak semestinya hari raya jer kan! ok sekarang kita layan gambar-gambar pulak yer...


chipsmore cupcake utk keluarga dari perlis (sheena)


ayam masak merah, sayur jelatah & ayam goreng segera (tiada dlm gmbr)


nasi putih


bihun goreng, nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, ayam goreng segera, kek minyak untuk keluarga kak lela (kuantan)


rendang ayam, kari telur, sayur kangkung tumis air, chocolate moist cake untuk rombongan ketiga...mak, abg kamal sekeluarga, nizam, farah sekeluarga


puding jagung dan drummet chicken dibawa oleh mak


macaroni + chicken + cheese baked dibawa oleh farah


chocolate moist cake dibawa oleh farah


rojak jambu air & nenas madu dibawa oleh farah


chocolate moist cake dibuat oleh anak sally...nabilah


kek minyak dibuat oleh nabilah


kek yang ni dibuat oleh farah (tokey kek) utk besday dia dan nizam, dimakan pada hari raya ke2 di rumahnya

Ok itu saja...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR & BATIN
























HARI RAYA AIDIL ADHA 2014 BAHAGIAN KE 2


ASSALAMUALAIKUM

Hari ini Selasa 7hb Oktober 2014 ialah hari ke 2 kita menyambut hari raya aidil adha. Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah SWT suami sally dapat membawa balik lagi daging korban dan juga juadah hari raya aidil adha dari tempat kerjanya.


Ketupat palas, rendang daging, lemang


Sup Tulang 

Syukur...kenyang dah!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tarikh hari ini juga merupakan hari lahir bonda sally yang tercinta/tersayang.


Sedih jugak sebab tak dapat pergi rumah mak nak sambut bufday mak..huhu, bagaimanapun pagi tadi sally dah telefon mak dan ucapkan kata-kata seperti di atas. Kenapa yer kalau cakap pasal lain tak sedih/sebak tapi bila nak ucap selamat hari lahir tu...mula lah sebak kan......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini dia daging dan tulang daging korban yang sally ceritakan kat atas tadi...



Sekian








HARI RAYA AIDIL ADHA 2014


ASSALAMUALAIKUM

5hb Oktober 2014 bersamaan hari Ahad, umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji. Tahun ini sally menyambut hari raya haji sekadar apa yang mampu sahaja. Kami tidak berjalan ke mana-mana walaupun mendapat 2 undangan majlis makan-makan keluarga. Suami sally tidak dapat cuti dan bekerja pada hari ini, pengorbanan demi mencari rezeki untuk keluarga. Walaupun ada perasaan sedih di hati masing-masing tapi kami terima dan redha dengan ketentuan dari Allah SWT. Insyaallah mungkin tahun depan kalau panjang umur dapatlah kami menyambut hari raya puasa dan hari raya haji ini seperti sebelumnya. 

Selesai solat hari raya aidil adha (haji) kebanyakkan masjid dan surau akan mengadakan upacara penyembelihan daging korban. Surau di tempat sally iaitu Surau Al Ihsan Fasa 4 & 5, Batang Kali juga tidak terkecuali. Alhamdulillah dapatlah kami rezeki daging korban ni yang di ambik oleh anak-anak dara sally. 



Gambar di bawah ni pula ialah sajian utama makan tengahhari kami pada hari raya haji ini




Ayam bbq bakar

Selesai...insyaallah jumpa lagi di hari raya aidil adha tahun depan...amin.




HARI RAYA AIDIL FITRI 2014


ASSALAMUALAIKUM

Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar dan menguji keimanan serta kesabaran sally dan keluarga bermula dari sebelum bulan ramadhan sehinggalah ke bulan syawal ni. Kami tak dapat menyambut raya seperti tahun-tahun yang lalu. Selepas suami sally berhenti kerja sebagai driver lori dan memulakan kerja di stesen minyak petronas masalah kewangan kami semakin teruk. Sebab itulah hari raya pertama dan seterusnya suami sally bekerja dan kami tidak dapat pergi menyambut raya ke rumah mak dan adik-beradik kami. Anak sulung yg cuti raya/semester dan juga anak bongsu yg masih bersekolah di tingkatan 4 mengambil keputusan untuk bekerja part-time raya di KFC batang kali untuk tempoh seminggu raya demi mencari duit perbelanjaan mereka dan kami sekeluarga. Kesian tengok anak-anak sally yang balik kerja penat, lengoh tangan dan kaki maklumlah mereka bekerja di bahagian dapur. Beruntung juga sebab mereka dapat menimba pengalaman memasak nasi ayam, membuat kentang putar dan sos, sup meatball dan coleslaw. Mereka juga perlu membasuh pinggan makan serta periuk nasi dan lain-lainnya. Tinggallah sally sorang-sorang beraya kat rumah. Pernah awal puasa hari tu sally pergi bekerja sebagai cleaner kat kedai bunga plastik/hantaran pertunangan/perkahwinan kat sini tapi tak tahan sbb letih sangat. Walaupun kerja 4 jam sehari dgn bayaran RM10 sehari tapi sally tak larat sebab terpaksa berdiri selama 4 jam tanpa duduk. Berdiri selama 4 jam ... dah lah badan sally lemah sampai sakit-sakit pinggang dibuatnya. 

Tak sangka pula raya ke2, mak dan abang serta adik-adik sally datang beraya kat rumah sally. Seronoknye ada juga orang datang beraya kat rumah...kalau tidak raya sorang-sorang lah macam semalam. Mak dan adik sally...farah diba datang bawa makanan dan mak pesan tak payah masak apa-apa. Tapi sally nak masak jugak walaupun masak bihun goreng aje. Jom layan gambar-gambar yang sempat di 'shoot' ...


Kek LA Kopiko raya

Bihun goreng raya

Rendang ayam mak

Kway teow sup mak (gmbr sup terlupa pulak nak snap)

Kicap utk kway teow sup (mak), sambal udang, ayam goreng, gulai labu (farah diba)

lauk mkn tengahhari dari adik...farah diba

Air rutB F&N raya





Biskut raya dari farah diba, cantik warna-warni sbb tu upload byk gambar...hehe

Chocolate bubble rice dari farah diba

Cupcake dari farah diba

Tart nenas homemade oleh adik ipar...ella


Kek cheese leleh vanila & strawberi dari farah diba...sedap ade inti buah laici 

Ole-ole dari mak yg tersayang...banyak kan!! hehe...

Terima kasih kepada semua yang datang...

Bunga rose yg masih berkembang dari 2 atau 3 hari akhir ramadhan sehingga hari raya ke3

















Followers

Recent Comments