HAPPY BIRTHDAY NABILAH


ASSALAMUALAIKUM

OKTOBER ...bulan yang paling ramai ahli keluarga termasuk saudara-mara yang menyambut hari lahir. Awal bulan hari tu besday mak ina, kami adik-beradik menyambutnya di rumah mak di gombak. Cerita penuh di blog adik ina ... klik sini. 

Anak sulung ina...Nabilah dan anak buah...Maria juga lahir pada tarikh dan bulan yang sama tapi tahun aje yang lain. Tahun ni nabilah menyambut hari lahir yang ke 21 tahun. Cepatnya masa berlalu...berbagai cerita pahit manis, suka duka, sedih tawa dah kami lalui dari kecil waktu persekolahan, masuk kolej FIM dan sekarang sudah bekerja sebagai salah seorang chef di salah satu restoran SR di batang kali ni. Ina bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dikurniakan dua orang puteri yang mudah berbincang segala masalah. 

Untuk Nabilah...umi ucapkan Selamat hari lahir, semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati oleh ALLAH SWT dalam kehidupan di dunia dan di akhirat dan juga semoga mendapat jodoh yang soleh yang boleh memberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta berjaya di dalam bidang pekerjaan yang diceburi...insyaAllah...amin. LOVE U both...adik & kakak.

Menu biasa-biasa sahaja untuk besday nabilah tahun 2015 ni ... 



Chocolate cake dibuat oleh besday girl sendiri


Bihun goreng 


KFC

Itu sahaja...









1 comments:

y i e n said...

ok la tu drpd xder langsung kan? hehe~

Followers

Recent Comments