ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah dapat juga nak sambung bahagian ke 2. Perut dah kenyang, kami jalan-jalan pulak ke econsave sebab mak sally nak beli barang-barang dapur sikit.
Makan dah...beli barang pun dah...apa lagi?? balik rumah la...
Petang ni pulak adik sally farah bawalah anak-anak sally pergi pasar malam di taman ibu kota. Anak-anak sally beli roti goreng, ayam goreng kfc dan wedges ... lupa nak ambik gambar la pulak. Farah beli bubur nasi, roti john, wedges dan...tak ingat pulak, kena tanye tuan punya badan...hehe.
Pisang cheese pisang tanduk dan cucur udang yg penuh dengan udang tu sebenarnya adik sally...farah beli pada petang hari isnin tu.
Hari rabu (17/12) farah dan anak-anaknya balik dari rumah mak dalam pukul 10.00 pagi jadi tak dapatlah dia merasa ikan pari masak asam pedas yang di masak oleh sally. Kami tiga beranak balik ke batang kali lebih kurang dalam pukul 3.00 petang jadi sempatlah sally masak lauk-pauk untuk mak dan adik sally...nizam makan nanti.
Sebelum balik sempat jugak mak sally suruh nabilah order pizza buat mak, nizam dan bekalan untuk kami anak-beranak.
bbq pizza
pepperoni chicken pizza
tuna spicy pizza
Selesai sudah...4 hari 3 malam rasa macam tak cukup je tinggal kat rumah mak tapi nak buat macam mana kan! masing-masing ada komitmen sendiri. Sally enjoy dan seronok dapat habiskan cuti kat rumah mak pastu jjcm dengan mak, farah, anak-anak dan anak-anak buah...best kan!
2 comments:
Banyaknya gambar makanan hehe. Mesti delicious hasil buah tangan. Seronok dapat makan ramai2 :)
wah sedap nye makanan...
Post a Comment