KELUARGA TEHMUK


ASSALAMUALAIKUM



Inilah keluarga Tehmuk. Tehmuk ialah nama bagi ibu kucing kesayangan kami sekeluarga. Asal nama Tehmuk ialah puTeh geMuk. Disingkatkan jadilah Tehmuk. Sally buat entri ni sebab rindu sangat kat tehmuk ni. Tiba-tiba aje dia menghilang. Kali terakhir sally nampak ialah pada petang sehari sebelum dia tak balik-balik ke rumah sehinggalah ke hari ini. Petang tu sally nampak tehmuk ni sedang tidur di belakang rumah jiran agak-agak selang 5 buah rumah. Mula-mula tehmuk datang ke rumah sally rasanya kami baru berpindah ke Batang Kali ni. Masa tu tehmuk masih lagi kecik dan dia dibawa oleh ibu dia bersama-sama dengan kakak dia. Awal perkenalan memang tehmuk ni macam nak tak nak je dengan kami. Dia takut dan garang sikit tapi suka panjat tingkap dapur rumah. Kemudian suami sally pun bacalah sepotong ayat dari Surah Yasin (ayat 67) "Wa lau na syaa-u lamasakhnaahum alaa maka natihim famas tata'uu murdhiyyan wa laa yarji'uun" (untuk jinakkan binatang) dan tiup kat muka dia. Adalah dalam 3 hari kut kemudian barulah dia berani nak datang dekat-dekat dan tak adalah lari-lari lagi. 



Perasan tak ekor tehmuk? Kalau diperhatikan betul-betul akan nampak ekor dia pendek dan dihujungnya berbentuk empat segi. Sebenarnya ekor dia panjang tapi disebabkan ada jangkitan kuman, hujung ekor dia terputus. Kesian dia... Sally dah cam dah kalau lama tehmuk ni menghilang kemudian tiba-tiba dia muncul dan tak lalu makan tapi asyik tidur je memanjang maknenya dia tengah bunting lah tu..hehe. Tehmuk ni dah banyak beranak tapi yang masih tinggal/kekal sehingga sekarang ni hanya 2 ekor sahaja iaitu yang warna hitam pakai stokin putih tu namanya Hitam dan yang kelabu namanya Abu. Yang warna putih bertompok coklat besar kat badan dan kepala tu namanya Scarry. Tapi scarry ni dah mati sebab sakit macam kena langgar. Tehmuk pun sebenarnya pernah kena langgar dibahagian belakang kakinya. Dia bernasib baik sebab tidak mengalami kecederaan yang teruk. Masih boleh berjalan seperti biasa cuma dia tidak boleh berdiri lama. Bahagian tulang punggungnya akan bergoyang bila berdiri lama-lama. Keempat-empat anak tehmuk di dalam gambar di atas adalah dari generasi berlainan. Kebanyakkan anak tehmuk yang lahir akan mati sama ada semasa bayi atau bila dah besar sedikit iaitu bila mereka mula pandai makan nasi. Oleh sebab itu setiap generasi anak tehmuk hanya yang kekal adalah seekor sahaja dan jantina semuanya yang hidup adalah kucing jantan. Ikut turutan generasi yang terbaru ialah Abu kemudian Hitam dan yang akhir sebelum tehmuk hilang ialah Scarry. Badan scarry lebih besar dan lebih matang berbanding abang-abangnya. 






Inilah wajah-wajah tehmuk beberapa hari sebelum dia hilang....sedihnya...





Scarry dalam kenangan...sedih...










2 comments:

Farah Deeb said...

Alolooo tehmukkkkk... Sungguh penyayang mukenya. Scarry tu sebijik mcm scary yg farah bela dulu. Baka kucing siam neh. Same kes gak eksiden rasanya huhu... Bilelah nak dpt bela kucin ntah sob sob...

CXopportunities said...

sedihnya. cx pon bela kucing and pernah jgk kucing cx hilang. sedih sgt. then ade seekor pon dah mati. dpn mata cx. sedih tgk saat2 nyawa dia dicabut Malaikat. Allah. sayu hati. rindu.

Followers

Recent Comments