Saturday, January 19, 2013

GAMES DI FACEBOOK



Apa khabar sahabat blogger semua? Dah lama tak 'update' blog...bukannye ape cuma kekurangan idea. Fikir punye fikir akhirnye kak ina dapatlah idea ni, sebelum ni memang ade perancangan pun nak citer pasal ni. 

Mula-mula kalau masuk facebook kak ina tentu kawan-kawan semua tengok banyak 'posting tentang games' kan! Hahh...nak citer pasal tu lah. Janganlah fikir tentang umur ye...hehe. Kak ina memang suka main games kat fb tu lebih-lebih lagi games dari zynga.

Zynga.com adalah tempat terbaik untuk bermain permainan dalam talian dengan rakan-rakan. Kata-kata ni kak ina ambik dari ayat pengenalan dia. Kak ina tak nafikan games kat sini mmg banyak best-best. Walaupun kadang-kadang ade problem sama ada dari 'loading' atau 'posting'. Ade jugak yg memakan masa sehingga 1 ke 2 hari untuk pulih sepenuhnye itupun terpulang kepada kelajuan internet kita. 

Kak ina dah biasa dengan keadaan macam tu jadi tak ade masalah untuk meneruskan permainan tu. Games yang mula-mula kak ina main ialah Frontier Ville yang sekarang telah bertukar kepada Pioneer Trail, Cafeworld, Farmville. Masa dulu nak masuk atau 'loading' games tu mmg susah maklumlah kak ina pakai bb dan kawasan rumah kak ina pulak line nye lembab. Kadang-kadang tu 'hot' jugak sbb lambat sangat nak loading pastu kami anak-beranak terpaksa pulak bergilir-gilir menggunakan komputer.

Dari permainan online ni kak ina boleh dapat ramai kawan fb dari berbagai bangsa dan negara. Walaupun kami bermain di alam maya tapi kak ina rasa seronok bila kami saling bantu membantu untuk menyiapkan kerja atau 'goal' yang diberi. Walaupun kak ina bermain games di internet tapi kak ina tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang Islam, emak dan isteri. Kak ina kena bijak meluangkan masa untuk bermain di internet ni. Games ni dapat menghiburkan hati kita, mengajar erti kesabaran dan tolong menolong. 

Dah banyak bercerita, kita layan pula gambar-gambarnye...


Kalau ada kawan-kawan blogger yang juga suka bermain games kat fb, silalah 'add' fb kak ina ye.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket