HAPPY ANNIVERSARY


Assalamualaikum

Dah lama kak ina tak update blog. Rindu pulak nak menulis. Bukan ape selain dari sibuk sikit, line tenet kat sini jadi lembap sikit lebih-lebih lagi bila hujan turun dengan lebatnye disambung dengan kilat dan guruh terpaksalah kak ina off kan komputer ni. Kalau tidak kena tunggulah 2 atau 3 hari atau paling lama dalam seminggu utk TM betulkan ape2 yg dah 'tersimpul' kat dlm peti elektrik tu...begitu juga selepas taufan sandy melanda negara Amerika, nak bukak fb dan blog ... line tenet tak ade pulak... Alhamdullillah sekarang ni dah boleh masuk tenet.

Oklah tak naklah membebel pasal line tenet ni lagi kan. Untuk kali ni kak ina ingin kongsi pasal Happy Anniversary. Tak sangka pejam celik...pejam celik dah pun 20 tahun kak ina melayari bahtera perkahwinan bersama-sama dengan suami tersayang. Selama tu jugalah macam-macam dugaan dan pahit maung, suka duka dan banyak lagilah ... yang kak ina hadapi bersama-sama dengan suami. Nasib baiklah kak ina ni jenis 'sederhana' dan penyabar (puji diri sendirilah ni...)

Kalau kak ina sedih, kak ina banyak berdoa kepada ALLAH SWT dan tak lupa juga tunaikan solat wajib dan sunat dan membaca Al-Quran. Bukanlah nak menunjuk-nunjuk tapi kak ina faham sebagai seorang Islam memang inilah kewajipan kita. Walaupun kak ina taklah pandai sangat tapi kak ina bersyukur dengan ketentuanNYA . Kak ina harap jodoh kak ina dan suami tersayang ni berpanjangan sehingga ke akhir hayat...amin.

Sempena hari ulangtahun ni, kak ina adelah sediakan juadah yang simple aje. Jom kita layan...






Nasi lobak, ayam goreng rempah, sayur jelatah
Kek butter (dgn topping buah-buahan segera)







5 comments:

kucing hitam said...

Happy anniversary ye...=)

Farah Deeb said...

Cewahh kek tu wajib je haderkan? Hehe... tak sangka dah 20 tahun ek? Rasanya mase Farah sekolah kat Ipoh korang kawenkan? Alhamdulillah jodoh masih panjang dan harapnya sampai la kesyurga hendaknya, amin.

Indah Mulya said...

tahniah kak ina! moga berpanjangan hendaknya :)

Dairi Sally said...

a'aah dulukan selalu beli tapi skrg dah bolehlah buat kek walaupun krim tu kdg2 tak menjadi...hehe, (kena byk blajar lagi ni). mase tu farah jadi 'gadis bunga telur' kan...hehe. gurau aje, terima kasih doakan utk kami.

Dairi Sally said...

terima kasih

Followers

Recent Comments