Assalamualaikum, sebenarnye kak ina tak tau nak citer ape pasal hari bapa ni sebab 'abah' kak ina dah meninggal dunia pada tahun 1993. Memanglah sedih bila teringat kat arwah abah. Banyak sangat pengorbanan arwah abah kat kak ina. Lagipun kak ina ni anak kesayangan arwah abah ... hehe (terperasan pulak).
Arwah abah seorang abah yang baik dan penyayang. Beliau tak pernah memukul kami adik-beradik jauh sekali nak tinggikan suara. Walaupun masa kami kecik-kecik biasalah bergurau sampai nak gaduh tapi bukanlah bergaduh benar ... adik-beradik katakan ...
Kak ina ingat tiap-tiap hari selepas arwah balik kerja dengan menaiki motosikalnye, kami iaitu kak ina dan 2 lagi adik kak ina selalu naik membonceng motorsikal bersama-sama dengan arwah mengelilingi padang taman permainan kat rumah kami di Taman Ibu Kota.
Kak ina juga tak dapat lupakan pengorbanan arwah abah semasa kak ina di tingkatan 1. Jauh sekolah kak ina dari rumah lebih kurang 25 minit atau 30 minit berjalan kaki. Petang waktu sekolah habis, hujan pulak turun dan kak ina memang tak bawak payung. Bila keluar kat kantin sekolah tu kak ina nampak arwah abah menunggu kak ina sambil memegang sebatang payung. Kak ina ingatkan pakai payung balik jalan kaki tapi rupanye arwah abah bawa basikal sekali. Jadi beliau suruh kak ina pegang payung duduk di hadapan manakala arwah abah duduk belakang mengayuh basikal. Rasanye basikal ni dah susah nak jumpa. Tempat penumpang duduk dipalang depan. Dan bayangkan arwah abah hanye menggunakan plastik untuk tutup kepalanye. Masa tu kak ina rasa malu sangat. Masa tu hari masih lagi hujan tapi arwah abah sanggup jugak kayuh basikal sampai ke rumah.
Bila dikenangkan kembali cerita tu kak ina rasa 'tak ade istilah malu' patutnye. Faham-faham ajelah waktu tu kan umur kita tengah naik ke remaja jadi semuanye nak nampak elok dan sempurna. Berbalik kepada cerita tadi, boleh dikatakan tiap-tiap hari arwah abah akan datang ambik kak ina balik sekolah dengan menaiki basikal. Bila kak ina dah ade keluarga sekarang, kak ina pulak yg menjadi seperti arwah abah dulu. Hantar dan ambik anak-anak kak ina pergi dan balik ke sekolah. Cuma waktu sekarang berbeza sedikit sebab anak-anak kak ina ade basikal mereka sendiri. Macam mana penat lelah arwah abah dulu, kak ina dapat rasakannye. Mungkin juga perasaan gembira + penat itu juga kak ina dapat rasakan.
Kepada anak-anak, adik-adik dan kawan-kawan kak ina ; hargailah 'ayah' atau 'abah' dan sayangilah beliau sepertimana kamu menyayangi emak kamu. Walaupun kadang-kadang beliau tidak menunjukkan perasaan itu secara terang-terang sebab sebenarnye dalam hati beliau tersimpan perasaan kasih dan sayang.
- Inilah wajah arwah abah kak ina ... sayang ABAH ... Al-Fatihah
5 comments:
Aisehmen sedih la plak. Sape la yg dpt pluang naik moto tu ye? Konpem ku tak masuk dalam senarai sebab mase tu yang paling kecit tomei haha. Tp tak pernah tau cite abah gi amek kak nina kt sekolah. Ingat Farah & Ijam je yang arwah hari2 tunggu dgn beskal kat sekolah. Masa tu memang malu sebab arwahkan suke pakai selebet, pastu sarung kepala ngan plastik bile ujan. Payung dia bagi kiteorang pegang.Tu blom aksi taim banjir lagi. Kiteorang dok atas beskal, nnt abah jalan redah banjir sambil sorong kiteorg huhu... Skang ni sendiri gi amek dan anta anak g skolah same... mungkin turun-temurun dari arwah la rasanyakan walaupun skang ni dh senang sket. Tapi tetap taknak bg dorang naik bas.
kalau tak salah akak yg dpt naik moto sekali ngan akak tu dy dan ijam sbb kat depan budak kecit pastu arwah abah kemudian dy dan blkg sekali akak...hehe. Mcm mana farah nak tau sbb masa tu rasanye farah baru 5 tahun kan...kecit tomei...haha.
Tau takper haha... mase tu tengah hobi menyelit celah kain mak muahaha!
Cedih betul kisah ini.....
sbb itu umi harap anak2 umi boleh maafkan dan sayangkan ayah dan sentiasa doakan yang terbaik buat umi dan ayah.
Post a Comment