UMRAH DAN ZIARAH MEKAH & MADINAH Bahagian 4


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah selepas solat maghrib kami tiba di Mekah Al-Mukaramah. Selepas check-in di hotel kami turun untuk makan malam kemudian lebih kurang dalam pukul 10 malam kami semua berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke Masjidil Haram, Mekah  bagi menunaikan ibadah tawaf wajib. Mula-mula menjejakkan kami ke dalam Masjidil Haram ini berdegup-degup laju jantung ina, macam-macam jugak perasaan yang keluar. Alhamdulillah Allah swt permudahkan segala urusan tawaf ina dan saie sekali. Dalam pusingan tawaf keliling kaabah kali yang ke 3 ina dapat rasakan getaran dari tapak kaki hingga ke kepala. Terasa ringan badan ini dan ina dapat rasa perjalanan darah dalam badan berjalan dengan lancar. Allahuakbar...


Jemaah bergambar selesai menunaikan tawaf dan saie


Syukur kepada Allah swt kerana telah menerima ina dan jemaah-jemaah lain dan permudahkan urusan umrah kami dari mula sampai selesai dan balik ke tanah air dengan selamatnya.  

Hari isnin 19hb februari kami dibawa menziarahi tempat bersejarah di Kota Mekah seperti Bukit Thur, Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan akhir sekali Masjid Ja'ranah. Di masjid Ja'ranah ini bolehlah bermiqat kepada sesiapa yang ingin mengerjakan umrah atau umrah badal. 



Bukit Thur




Khemah para jemaah haji di Mina

Jabal Rahmah berada di bahagian timur Padang Arafah di Kota Mekah. Jabal bererti bukit sementara Rahmah bererti kasih sayang. Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan antara Nabi Adam as dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari Syurga oleh Allah swt kerana telah terhasut oleh syaitan supaya memakan buah khuldi yang diharamkan. Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad saw sewaktu melakukan wukuf. 




Hari selasa 20hb februari pula kami dibawa ke Taif iaitu bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi. Cuaca di sini memang nyaman dan dingin, kalau kat Malaysia macam cameron highland sejuknya. Disebabkan cuaca yang sejuk inilah terdapat banyak buah-buahan segar. 



Kami juga melawat kilang memproses minyak wangi dari bunga ros.










Kami sempat juga melawat ke perpustakaan Al-Quran.





Hari ini juga kami dibawa makan nasi arab yang sangat sedap. Maaf la ina tak ingat nama restoran nasi arab ini. 



Sampai di sini bahagian ke 4, insyaallah akan menyusul bahagian ke 5 yer!





































0 comments:

Followers

Recent Comments