Showing posts with label famili/majlis perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label famili/majlis perkahwinan. Show all posts

HAPPY ANNIVERSARY 2014


ASSALAMUALAIKUM

Bulan ni sally menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 22 tahun. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Sally harap jodoh kami berkekalan di dunia dan di akhirat ... amin, insyaallah. Untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan ni sally membuat kek strawberi dan belanja makan ayam kfc ... Bombay Fiery Crunch Lunch & Dinner Treats. Jom layan gambar-gambar dia ...


Kek strawberi 




Memang sedap ... lebih-lebih lagi jus mangga tu, rasa tak cukup jer. Fun Fries tu pulak sally order lain sebab dia tak masuk dalam set promosi. 




MAJLIS PERKAHWINAN DR ZAHIRAH & DR JEFRI


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dan selesai majlis pernikahan dan persandingan di antara Dr Zahirah (atau nama manjanye...Intan) dengan Dr Jefri. Intan ialah anak buah suami sally iaitu anak kak long yang menetap di Shah Alam. Majlis pernikahan berlangsung pada 11/4/2014 selepas solat Jumaat bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (Masjid Negeri, Shah Alam). Manakala majlis persandingan pula berlangsung di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam pada 12/4/2014 bersamaan hari Sabtu.

Jom layan gambar-gambar yang sempat sally ambik hari tu ...



















Selesai ... 









KENDURI KAHWIN MIN & DR IZAIRI


ASSALAMUALAIKUM

31 Ogos 2013 Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Hari ini juga anak buah kak sally iaitu anak kak norma (sepupu) sebelah arwah abah pula mengadakan majlis perkahwinan yang berlangsung di Banquet Hall, Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), Persiaran Duta, Kuala Lumpur. Anak buah kak sally ni dikenali dengan panggilan Min telah bernikah dengan Dr Izairi Abidin bin Dato Wira Haji Zainol Abidin. Min adalah kakak kepada pelakon yang berbakat iaitu Nadia Nisa.

Jom layan gambar-gambar yang dapat kak sally tangkap...maaf kalau gambar-gambar kurang memuaskan sebab guna handset aje.











dessert
jem strawberi

SELESAI















SELAMAT PENGANTIN BARU MAISARAH & EIJAM


ASSALAMUALAIKUM

Tarikh 25/05/2013 hari Sabtu merupakan hari bersejarah bagi anak buah kak sally iaitu anak sulung kakak kak sally yang biasa kami panggil maisarah dan pasangannya eijam yang mana mereka telah pun selamat dinikahkan di rumah mak kak sally di taman ibu kota. Majlis persandingan juga diadakan di sini.





Kak sally dan siti (anak kedua) turun dulu ke rumah mak pada sebelah petang Khamis iaitu selepas siti balik dari sekolah. Manakala nabilah (anak sulung) dan suami pula turun ke sini pada hari jumaat pagi. Selepas solat jumaat, majlis doa selamat dan tahlil telah di adakan di sini.
Pada malam Jumaat tu abang kak sally telah belanja kami semua dengan ayam goreng kfc.




Juadah untuk tetamu di majlis doa selamat dan doa tahlil ialah nasi putih, ikan masak asam pedas, ikan goreng tepung, telur dadar, ikan masin, pegaga masak lemak putih, sambal belacan dan ulam-ulaman. Pisang, pulut kuning dan rendang daging turut dihidangkan.


Aktiviti mengisi bunga telur oleh anak-anak dan anak-anak buah kak sally.


Hantaran dari pihak perempuan dan lelaki.




Katering untuk majlis perkahwinan.



Acara malam pula dimulai dengan memotong kek red velvet yang dibuat oleh adik kak sally (Farah deeb) dan diakhiri dengan membuka hadiah.



*********************************************************************************




SELAMAT PENGANTIN BARU MAISARAH DAN EIJAM
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE ANAK CUCU
AMIN

******SELESAI******

*Terima kasih juga kepada : http://apertureaddiction.com/blog/  yang telah menaja beberapa gambar pada blog kak sally ni.































Followers

Recent Comments