UMRAH DAN ZIARAH MEKAH DAN MADINAH Bahagian 2

ASSALAMUALAIKUM


Kalau orang tanya apa perasaan ina bila pertama kali dapat jejakkan kaki ke tanah haram ni tentulah ina akan jawab mula-mula tu rasa sebak, sedih dan gembira. Sebak dan sedih sebab ina tak sangka walaupun keadaan kesihatan ina yang macam ni tapi dapat juga ina bertahan dan mengharungi ujian perjalanan dari KLIA hinggalah ke Madinah. Allah swt permudahkan segala urusan ina walaupun asyik muntah semasa penerbangan. Alhamdulillah bila ina dah pijakkan kaki di Jeddah sementara menunggu bas, ina dah tak muntah lagi. Cuma badan lemah sebab dah 2 hari tak makan nasi. 

Bila ustaz cd beritahu bas kami sudah memasuki Madinah menitik air mata ina, tak sangka ina diterima Allah swt untuk bertemu dan berada di kawasan dimana Nabi Junjungan kita iaitu Nabi Muhammad saw pernah dilahirkan, dibesarkan dan bagaimana susah dan senangnya nabi dalam melaksanakan tanggungjawabnya menyebarkan ajaran Islam. Agama Allah yang suci dan satu.

Bila sampai di hotel kami terus diberi makan sarapan pagi sebelum check in dalam hotel. Selepas check in dalam hotel ina, siti dan suami turun ke bawah hotel dan kami pergi cari money changer dulu. Kami tidak menukar duit RM semasa di Malaysia sebab itu sebelum apa-apa urusan kami pergi cari money changer dulu. Waktu itu nilai duit RM1,000.00 ditukar ke Riyal Arab ialah 920.00. Bila dah tukar duit barulah ina boleh beli air mineral dan puff epal. 

Di masjid nabawi ina dan siti akan ambik air zam-zam setiap kali kami pergi ke masjid untuk buat minum dan mandi. Ina selalu minum air zam-zam yang tidak sejuk tapi kadang-kadang minum jugak yang sejuk sebab orang ramai dan kami ambik air dari tempat yang berdekatan dengan kami sahaja. Setiap kali makan dan minum di tanah haram ini ina sentiasa berdoa dan niat supaya segala makanan yang ina makan ini akan menjadi penawar kepada penyakit ina dan memberi tenaga untuk ina melakukan solat dengan sempurna...aamiin, insyaallah.

Keesokkan harinya selepas solat subuh ustaz cd memberi sedikit tazkirah dan kemudian kami dibawa menziarahi Makam Rasulullah saw serta perkuburan Baqi'. Ini lebih kepada ziarah dalam. Jemaah perempuan dibawa oleh seorang ustazah yang menunjukkan cara bagaimana dan waktu yang sesuai untuk memasuki Raudah di dalam Masjid Nabawi ini. Alhamdulillah ina, siti dan salah seorang jemaah yang kami panggil kak ton telah menemani kami dua beranak memasuki Raudah selepas solat isyak pada hari khamis. Takut kalau nak cerita pengalaman ina memasuki Raudah ni bukan apa mungkin waktu yang kami masuk tu memang waktu puncak jadi berebut-rebut dan berpusu-pusu lautan manusia yang ingin cepat memasuki Raudah tersebut yang terdiri dari bangsa-bangsa yang tak pernah ina jumpa kalau di Malaysia ni. 

Takut sebab melihat kepada kesihatan ina yang sukar menarik nafas panjang atau tidak puas tarik nafas panjang kadang-kadang dan lepas tu jantung berdegup dengan laju dihimpit depan, belakang, kanan, kiri dan berdiri selama 1 jam lebih merupakan satu cabaran dan pengalaman yang tidak dapat ina lupakan bila pertama kali memasuki Raudah. Ina lebih banyak berdoa supaya Allah permudahkan urusan kami dan ina sentiasa bersalawat tanpa henti hingga akhirnya dapat juga kami memasuki dan memijak karpet hijau di dalam Raudah ini. Nak solat sunat dalam Raudah ni pun ina bertawakal kepada Allah semoga niat kami bertiga diterima dan diberkati oleh Allah swt...insyaallah. Ina bersolat di tengah-tengah yang di kiri kanan ina diapit oleh siti dan kak ton tadi. Selesai solat ina pulak yang bertenaga menarik keluar siti dan kak ton dari tolakkan dan himpitan yang hampir-hampir menyebabkan kak ton dan siti nak terjatuh. Ina ceritakan semua ini sebab ingin berkongsi pengalaman ina yang pertama kali melakukan umrah dan memasuki Raudah yang mulanya kita tak sangka macam ni keadaannya. Bukan riak di hati tapi ikhlas ina luahkan isi hati tentang keadaan ina yang hanya pesakit gerd sahaja yang faham keadaan kami ini.  

Jom ina kongsi gambar-gambar pulak.



Sampai sini dulu yer insyaallah ina akan sambung yang bahagian ke 3 pula, terima kasih singgah sini.










1 comments:

She Is Farahain said...

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa

ain followers yang ke 456 :)

Followers

Recent Comments