Monday, January 11, 2016

AGAR-AGAR SUSU


ASSALAMUALAIKUM





Bahan-bahan untuk membuat agar-agar susu ialah :

1 paket agar-agar (20 gram)
6 cawan air
1 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila
Pewarna makanan

Cara membuatnya :

Masak agar-agar dengan air hingga larut kemudian masukkan gula dan kacau sebati hingga gula juga larut. Tapis ke dalam 4 mangkuk berasingan. Bahagikan sama rata banyaknya. 3 mangkuk diletakkan pewarna yang berlainan warna dan dibiarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan ke dalam peti ais. 1 mangkuk lagi di masak semula di dalam periuk bersama-sama dengan 1 1/2 cawan susu sejat tadi dan dititiskan esen vanila ke dalamnya. Biar sehingga mendidih tak perlu masak lama-lama sekadar nak sebatikan susu sejat tadi dengan agar-agar. Kemudian tuangkan ke dalam acuan dan dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 

Agar-agar berwarna yang telah keras tadi bolehlah dipotong kecik-kecik seperti dalam gambar. Kemudian taburkan ke dalam agar-agar susu tadi yang belum keras sepenuhnya. Sejukkan semula di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.   



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket