Friday, February 6, 2015

SINGGAH MAKAN DI GERAI NASI AYAM BEREMPAH MUM


ASSALAMUALAIKUM

Semalam sally dan khadijah (anak ke2) pergi ke kuala kubu baru sebab ada urusan sikit kemudian kami singgah makan tengahhari di gerai sebelah bank BSN Kuala Kubu Baru, Selangor. Rasanya gerai ni baru di buka sebab 2 bulan lepas kami pergi belum beroperasi lagi. Nama gerai makan tu ialah Gerai Nasi Ayam Berempah Mum yang terletak di Jalan Kamarudin, Kuala Kubu Baru. Menunya selain nasi ayam ada juga ayam goreng yang macam kfc dan western food. 




Nasi ayam berempah ni ok...sedap, cuma sambalnya pedas sangat. Terasa bahang cili padi tu... Sally memang kurang selera sikit kalau makan kepedasan cili padi lebih-lebih lagi yang dibuat sambal macam ni. Tapi kalau masak gulai lemak cili padi tu boleh jer makan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket