HARI RAYA AIDIL FITRI 2015 / 1436H


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dapat juga menulis cerita untuk kali ini. Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT kerana tahun ini sally dan keluarga dapat menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI 2015/1436H dengan sempurna. 

Hari raya pertama tahun ini kami beraya di rumah mak di gombak kemudian selepas solat jumaat kami menyambut raya pula di rumah makcik suami sally di selayang. Raya kedua pula kami beraya di rumah kak long suami di shah alam kemudian bertolak pula ke rumah adik sally ... farah di sg buluh. Malam pula beraya di pinggiran batu caves rumah adik ipar (suraya).

Raya ketiga pula kami beraya di rumah abang sally di segambut kemudian dari situ kami bertolak balik ke batang kali pada sebelah petangnya. Seminggu selepas raya pula  adik ipar sally dari perlis (sheena) sekeluarga datang beraya ke rumah kami. Hari selasa pula kakak sally sekeluarga yang tinggal di kuantan datang beraya ke rumah kami. 1hb ogos pula mak, abang kamal sekeluarga, nizam dan farah sekeluarga datang beraya di sini pula. 

Seronok rasanya bila ramai-ramai datang ke rumah sally...terima kasih pada yang hadir dan yang tidak dapat hadir tu tak pe...bila-bila masa pun kan boleh datang, tak semestinya hari raya jer kan! ok sekarang kita layan gambar-gambar pulak yer...


chipsmore cupcake utk keluarga dari perlis (sheena)


ayam masak merah, sayur jelatah & ayam goreng segera (tiada dlm gmbr)


nasi putih


bihun goreng, nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, ayam goreng segera, kek minyak untuk keluarga kak lela (kuantan)


rendang ayam, kari telur, sayur kangkung tumis air, chocolate moist cake untuk rombongan ketiga...mak, abg kamal sekeluarga, nizam, farah sekeluarga


puding jagung dan drummet chicken dibawa oleh mak


macaroni + chicken + cheese baked dibawa oleh farah


chocolate moist cake dibawa oleh farah


rojak jambu air & nenas madu dibawa oleh farah


chocolate moist cake dibuat oleh anak sally...nabilah


kek minyak dibuat oleh nabilah


kek yang ni dibuat oleh farah (tokey kek) utk besday dia dan nizam, dimakan pada hari raya ke2 di rumahnya

Ok itu saja...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR & BATIN
























Followers

Recent Comments