Saturday, February 21, 2015

JOM MAKAN KEK !!


ASSALAMUALAIKUM


chocolate banana cake


absolute chocolate cake


white chocolate macadamia cake


moist chocolate cake

Kesemua gambar kek-kek di atas adalah 'dinner' kami pada malam semalam. Semuanya dibelanja oleh anak sally...khadijah. Saja je nak makan kek, tu yang beli sebelum harga-harga kek di Secret Recipe ni naik harga disebabkan GST. Bila dah ada GST ni semua barang makanan dinaikkan harga...emmm. Jom layan lagi gambar-gambar kek dari Secret Recipe yg pernah kami makan haritu...


yang kiri sekali ialah raspberry cheese cake, yang tengah ialah chocolate fudge cake dan yang kanan ialah fruitilicious cake.

Sally suka makan chocolate banana cake dan fruitilicious cake...kombinasi kek dan buah-buahan memang sedap dan menyelerakan. 






Friday, February 6, 2015

SINGGAH MAKAN DI GERAI NASI AYAM BEREMPAH MUM


ASSALAMUALAIKUM

Semalam sally dan khadijah (anak ke2) pergi ke kuala kubu baru sebab ada urusan sikit kemudian kami singgah makan tengahhari di gerai sebelah bank BSN Kuala Kubu Baru, Selangor. Rasanya gerai ni baru di buka sebab 2 bulan lepas kami pergi belum beroperasi lagi. Nama gerai makan tu ialah Gerai Nasi Ayam Berempah Mum yang terletak di Jalan Kamarudin, Kuala Kubu Baru. Menunya selain nasi ayam ada juga ayam goreng yang macam kfc dan western food. 




Nasi ayam berempah ni ok...sedap, cuma sambalnya pedas sangat. Terasa bahang cili padi tu... Sally memang kurang selera sikit kalau makan kepedasan cili padi lebih-lebih lagi yang dibuat sambal macam ni. Tapi kalau masak gulai lemak cili padi tu boleh jer makan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket