Monday, December 8, 2014

DANNY DALAM KENANGAN


ASSALAMUALAIKUM

Baru 5 bulan je Danny tinggal bersama-sama kami, tak sangka semalam dia pergi jua... Tak tau apa punca kematiannya sama ada keracunan atau kena langgar. Sejak akhir-akhir ini memang perangai dia pelik sikit, danny dah tak aktif macam selalu. Dia selalu nak duduk dan tidur di pangkuan anak sally...siti khadijah maklumlah 5 bulan lepas, siti dah selamatkan dia dan bawa dia pulang. Masa tu siti dan kawan-kawannya dalam perjalanan balik dari menyambut hari raya aidil fitri di kawasan perumahan Semarak, Batang Kali dan terdengar suara anak kucing dalam longkang. Salah seorang kawan siti...atiqah keluarkan dia dari dalam longkang dan kebetulan masa tu kami baru aje kehilangan misteri Tehmuk (kucing kesayangan kami) jadi siti pun ambik untuk membelanya. Mula-mula sally keberatan sebab...tak tau kenapa??? tapi bila dah sampai rumah rasa kesian pulak. Danny kucing kesayangan kami selepas Tehmuk, dia pengganti kepada tehmuk sebab dia kucing betina. 









Danny masa mula-mula dibawa balik...

Danny dah mati...petang semalam

Kubur Danny...

SEDIH...baru je nak menumpang kasih dengan danny tapi tak de rezeki. Sekarang kat rumah ni pun hanya tinggal seekor aje iaitu Hitam kucing jantan kesayangan suami. Itulah satu-satunya waris Tehmuk yang tinggal...

Nak tau apa perasaan kami...selalunya sally taklah sedih sangat bila tanam anak-anak tehmuk yang mati masa kecik-kecik dulu tapi bila Danny ni tak tau tiba-tiba aje keluar air mata dan sebak bila mencangkul tanah tu..., Siti apa lagi menangis teresak-esak bila Danny mati...sampailah saat mencangkul tanah tu...

Sabar Siti Khadijah...kita tak de rezeki nak bela dia, bagi makan dia, bermain dgn dia dan menumpang kasih dgn dia... Allah SWT lebih mengetahui...













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket