Sunday, August 3, 2014

HARI RAYA AIDIL FITRI 2014


ASSALAMUALAIKUM

Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar dan menguji keimanan serta kesabaran sally dan keluarga bermula dari sebelum bulan ramadhan sehinggalah ke bulan syawal ni. Kami tak dapat menyambut raya seperti tahun-tahun yang lalu. Selepas suami sally berhenti kerja sebagai driver lori dan memulakan kerja di stesen minyak petronas masalah kewangan kami semakin teruk. Sebab itulah hari raya pertama dan seterusnya suami sally bekerja dan kami tidak dapat pergi menyambut raya ke rumah mak dan adik-beradik kami. Anak sulung yg cuti raya/semester dan juga anak bongsu yg masih bersekolah di tingkatan 4 mengambil keputusan untuk bekerja part-time raya di KFC batang kali untuk tempoh seminggu raya demi mencari duit perbelanjaan mereka dan kami sekeluarga. Kesian tengok anak-anak sally yang balik kerja penat, lengoh tangan dan kaki maklumlah mereka bekerja di bahagian dapur. Beruntung juga sebab mereka dapat menimba pengalaman memasak nasi ayam, membuat kentang putar dan sos, sup meatball dan coleslaw. Mereka juga perlu membasuh pinggan makan serta periuk nasi dan lain-lainnya. Tinggallah sally sorang-sorang beraya kat rumah. Pernah awal puasa hari tu sally pergi bekerja sebagai cleaner kat kedai bunga plastik/hantaran pertunangan/perkahwinan kat sini tapi tak tahan sbb letih sangat. Walaupun kerja 4 jam sehari dgn bayaran RM10 sehari tapi sally tak larat sebab terpaksa berdiri selama 4 jam tanpa duduk. Berdiri selama 4 jam ... dah lah badan sally lemah sampai sakit-sakit pinggang dibuatnya. 

Tak sangka pula raya ke2, mak dan abang serta adik-adik sally datang beraya kat rumah sally. Seronoknye ada juga orang datang beraya kat rumah...kalau tidak raya sorang-sorang lah macam semalam. Mak dan adik sally...farah diba datang bawa makanan dan mak pesan tak payah masak apa-apa. Tapi sally nak masak jugak walaupun masak bihun goreng aje. Jom layan gambar-gambar yang sempat di 'shoot' ...


Kek LA Kopiko raya

Bihun goreng raya

Rendang ayam mak

Kway teow sup mak (gmbr sup terlupa pulak nak snap)

Kicap utk kway teow sup (mak), sambal udang, ayam goreng, gulai labu (farah diba)

lauk mkn tengahhari dari adik...farah diba

Air rutB F&N raya





Biskut raya dari farah diba, cantik warna-warni sbb tu upload byk gambar...hehe

Chocolate bubble rice dari farah diba

Cupcake dari farah diba

Tart nenas homemade oleh adik ipar...ella


Kek cheese leleh vanila & strawberi dari farah diba...sedap ade inti buah laici 

Ole-ole dari mak yg tersayang...banyak kan!! hehe...

Terima kasih kepada semua yang datang...

Bunga rose yg masih berkembang dari 2 atau 3 hari akhir ramadhan sehingga hari raya ke3

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket