BIRTHDAY ADIK DAN UMI


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni nak cerita pasal 'birthday' kami berdua iaitu sally dan anak kedua iaitu Siti Khadijah,(nama manje...adik) yang jatuh pada bulan April yang baru saja berlalu. Entri lambat buat sebab pada akhir bulan april tu line tenet sally 'blackout'. Modem yang mula-mula dapat dari TM telah berakhir hayatnya disebabkan oleh kejutan elektrik akibat dari kilat/guruh dan hujan lebat yang turun pada hari tu. Rasanya dalam 2 minggu lebih sally tak dapat online intenet. Alhamdulillah nasib baik adik sally, Nizam ada modem/router yang tidak dipakai lagi sebab dia dah guna unifi, (bilalah ada rezeki nak guna unifi pulak...hehe) jadi dibaginya sally gunakan modem/router tu. Modem ni tak de wifi jadi terpaksalah sally beli usbwifi pulak. Dipendekkan cerita dapatlah sally online guna usbwifi ni walaupun 2 kali kena reject sbb ada problem. 

Bersambung balik cerita pasal 'birthday' tadi, macam biasa lah kami sambut secara paling simple. Maklumlah hari 'istimewa' tu jatuh pada hari belum dapat gaji..hehe. Untuk kek birthday siti khadijah, kami beli dari kedai King Bakery dan untuk kek birthday sally pula anak sulung sally...nabilah yang buat. Jom layan gambar-gambar dulu...

"SELAMAT HARI LAHIR SITI KHADIJAH, semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT dalam apa juga bidang yang diceburi. Kekal kasih sayang pada umi, ayah dan kakak. Tabah dan sabar dan berusaha menghadapi rintangan dan ujian dari ALLAH SWT pada masa sekarang untuk menjadi yang terbaik di masa hadapan...in sha Allah...amin." Umi sayang adik...!!! kakak pun umi sayang jugak.







Kek Black Forest ... memang sedap!!

Kek untuk sally pula dibuat oleh anak sulung sally, nabilah yang baru saja habis praktikal di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi pada 22 April 2014. Jom layan gambar-gambar ni pulak...









Kek-kek untuk sally ni resepi asalnya ialah Devil Chocolate Cake tapi warna kek tu kurang gelap sikit dan kedua-dua kek menggunakan resepi yang sama cuma yang pertama dituang chocolate ganache dan yang kedua disapu dengan buttercream. 

Memang sedap apatah lagi dibuat oleh hasil air tangan anak sally sendiri. Walaupun kami tak dapat hadiah sebab tak sempat nak beli, tapi sally bersyukur sebab bagi sally hadiah yang paling bermakna pada tahun ini ialah apabila anak sulung sally ni iaitu nabilah telah selamat pulang ke rumah dari langkawi dan ada bersama-sama menyambut hari lahir sally. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya. Sally harap semoga dapat menjadi insan yang lebih baik dari dahulu ... in sha Allah...amin.








Followers

Recent Comments