Thursday, February 20, 2014

PER'L CAFE DAN ROJAK MAMAK


ASSALAMUALAIKUM


Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah sarapan pagi ke belum? Minum apa pagi ni? Sally minum kopi kacip fatimah 5 dalam 1 oleh Per'l Cafe. Jangan terkejut tengok gambar kat atas ni ye sebab ni bukan segmen atau giveaway tapi sekadar nak berkongsi cerita jer...


Selalunya kalau sally beli kopi kacip fatimah per'l cafe ni, sally akan beli yang biasa tu jer. Tapi kelmarin ternampak pulak yang baru ni...apa lagi mestilah beli kan. Harganya pun murah dan berpatutan. Hanya tu yang mampu sally beli, kalau brand lain tu kadang-kadang mahal sehingga ada yang mencecah sampai RM20.++ 

Rasa kopi ni sedap, tak pahit sangat, rendah lemak dan yang penting ada kacip fatimah dan kolagen. Memang sesuai lah untuk wanita lebih-lebih lagi macam sally yang dah 40 ..an ni.hehe.

Selesai pasal kopi per'l cafe ni sally nak kongsi pulak gambar rojak mamak. Dah lama teringin nak makan rojak mamak ni. Akhirnya dapat jugak sally beli kat salah satu kedai mamak  di Batang Kali ni. Pedas sikit tapi sedap...jom layan gambarnya


selesai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket