SOSEJ PUFF


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni sally nak post entri pasal sosej puff yang telah dibuat oleh nabilah (anak sulung sally). Hidangannya sangat ringkas dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Kepada yang suka makan sosej dan juga pastri puff bolehlah mencuba resepi ni ye.

Bahan-bahan utama : 10 batang sosej dipotong 2 = 20 btg sosej
                                      10 keping kulit pastri puff segera dipotong 2 = 20 kpg 
                                      1 biji telur (asingkan kuning dan putih)

Cara penyediaannya : Ambil sekeping kulit pastri puff yang telah dipotong 2 dan letakkan sosej 
                                      yang telah dipotong 2 juga diatas kulit pastri puff dan sapukan sedikit 
                                      telur putih (yg telah dipukul) dihujung kulit pastri puff dan gulungkan.
                                      Tujuan supaya kulit pastri puff dapat melekat dgn elok. 



Selepas itu letakkan sosej puff tersebut ke dalam loyang pembakar  dan kelar sedikit di bahagian permukaan kulit puff. Kemudian sapukan kuning telur yang telah dipukul ke atas permukaan sosej puff tadi. Bakar pada suhu 170oC - 180oC selama 35-40 minit. 

Dah masak...bolehlah dihidangkan 




Sekian, selamat mencuba! 


1 comments:

norhasnizakhalid said...

wah.. sedapnya.. mama singgah sini :)

Followers

Recent Comments