BAZAR RAMADHAN BATANG KALI


ASSALAMUALAIKUM

Ahad 29hb Jun 2014 adalah hari pertama umat islam berpuasa bagi tahun ini. Dah hampir 5 tahun sally dan keluarga tinggal di Bandar Utama Batang Kali dan hari ini merupakan kali pertama sally dan nabilah pergi ke bazar ramadhan pada hari pertama ramadhan. Ramainya orang sampai tak nampak makanan-makanan yang dijual. 



Gerai buah kurma
Proses memerah air tebu di sebelah gerai air tebu
Gerai air
Gerai lemang jagung, lemang pulut hitam & lemang pulut putih
Gerai Pakdin roti john

Gerai yong tau foo
Gerai 'goreng-goreng' cth: ayam goreng, fishball goreng...
Gerai roti john 
ingat tak zaman sekolah rendah dulu...haaa kat sini pun ada, Gerai sengkuang calit

Ok gambar2 kat bawah ni pulak ialah makanan2 yang sally beli...





Sempat singgah kat econsave dan beli kek chocolate oreo & red velvet




Sekian

*Kebetulan anak sally...nabilah balik cuti 4 hari aje jadi dia ajak gi bazar ramadhan ni. Esok isnin dia dah nak balik ke kolej semula. 











SELAMAT BERPUASA


ASSALAMUALAIKUM

Esok, Ahad 29hb Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435 semua umat Islam mula berpuasa. Sally mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua saudara-mara, adik-beradik sally, kawan-kawan dan blogger-blogger yang beragama Islam. 


Rezeki ... diterima oleh suami sally dari bos tempat kerja baru



buah kurma wasem Yusuf Taiyoob ni lebih basah berbanding buah kurma dari Deglet Noor ni...



Buah kurma ni diberi oleh pelanggan yang mengisi minyak di tempat kerja suami. 

Ole-ole dari kelantan...dibawa oleh abang sally dan anak-anaknya pula ialah serunding daging, ketupat palas, dodol dan keropok lekor. 




Terima kasih semua...








KELUARGA TEHMUK


ASSALAMUALAIKUM



Inilah keluarga Tehmuk. Tehmuk ialah nama bagi ibu kucing kesayangan kami sekeluarga. Asal nama Tehmuk ialah puTeh geMuk. Disingkatkan jadilah Tehmuk. Sally buat entri ni sebab rindu sangat kat tehmuk ni. Tiba-tiba aje dia menghilang. Kali terakhir sally nampak ialah pada petang sehari sebelum dia tak balik-balik ke rumah sehinggalah ke hari ini. Petang tu sally nampak tehmuk ni sedang tidur di belakang rumah jiran agak-agak selang 5 buah rumah. Mula-mula tehmuk datang ke rumah sally rasanya kami baru berpindah ke Batang Kali ni. Masa tu tehmuk masih lagi kecik dan dia dibawa oleh ibu dia bersama-sama dengan kakak dia. Awal perkenalan memang tehmuk ni macam nak tak nak je dengan kami. Dia takut dan garang sikit tapi suka panjat tingkap dapur rumah. Kemudian suami sally pun bacalah sepotong ayat dari Surah Yasin (ayat 67) "Wa lau na syaa-u lamasakhnaahum alaa maka natihim famas tata'uu murdhiyyan wa laa yarji'uun" (untuk jinakkan binatang) dan tiup kat muka dia. Adalah dalam 3 hari kut kemudian barulah dia berani nak datang dekat-dekat dan tak adalah lari-lari lagi. 



Perasan tak ekor tehmuk? Kalau diperhatikan betul-betul akan nampak ekor dia pendek dan dihujungnya berbentuk empat segi. Sebenarnya ekor dia panjang tapi disebabkan ada jangkitan kuman, hujung ekor dia terputus. Kesian dia... Sally dah cam dah kalau lama tehmuk ni menghilang kemudian tiba-tiba dia muncul dan tak lalu makan tapi asyik tidur je memanjang maknenya dia tengah bunting lah tu..hehe. Tehmuk ni dah banyak beranak tapi yang masih tinggal/kekal sehingga sekarang ni hanya 2 ekor sahaja iaitu yang warna hitam pakai stokin putih tu namanya Hitam dan yang kelabu namanya Abu. Yang warna putih bertompok coklat besar kat badan dan kepala tu namanya Scarry. Tapi scarry ni dah mati sebab sakit macam kena langgar. Tehmuk pun sebenarnya pernah kena langgar dibahagian belakang kakinya. Dia bernasib baik sebab tidak mengalami kecederaan yang teruk. Masih boleh berjalan seperti biasa cuma dia tidak boleh berdiri lama. Bahagian tulang punggungnya akan bergoyang bila berdiri lama-lama. Keempat-empat anak tehmuk di dalam gambar di atas adalah dari generasi berlainan. Kebanyakkan anak tehmuk yang lahir akan mati sama ada semasa bayi atau bila dah besar sedikit iaitu bila mereka mula pandai makan nasi. Oleh sebab itu setiap generasi anak tehmuk hanya yang kekal adalah seekor sahaja dan jantina semuanya yang hidup adalah kucing jantan. Ikut turutan generasi yang terbaru ialah Abu kemudian Hitam dan yang akhir sebelum tehmuk hilang ialah Scarry. Badan scarry lebih besar dan lebih matang berbanding abang-abangnya. 






Inilah wajah-wajah tehmuk beberapa hari sebelum dia hilang....sedihnya...





Scarry dalam kenangan...sedih...










PAJERI MANGGA


ASSALAMUALAIKUM

Pernah makan pajeri mangga tak? Sesiapa yang tak pernah makan tu bolehlah cuba resepi dari sally ni. Senang aje buatnya, macam masak pajeri nenas cuma kita tukar nenas kepada mangga.

Bahan-bahan : 
  1. Buah mangga (sedang-sedang masak, kalau muda nanti masam pula dan kalau terlampau masak nanti lembik dan hancur pulak buah mangga tu)
  2. Rempah kari daging/ayam
  3. Santan
  4. Kerisik
  5. Bawang merah
  6. Bawang putih
  7. Halia
  8. Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
  9. Daun kari 
  10. Garam
  11. Gula
Cara memasak : 
  1. Potong buah mangga seperti dalam gambar atau ikut hati masing-masing
  2. Halia, bawang merah dan bawang putih dihiris kemudian ditumis, masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun kari
  3. Bila bahan-bahan diatas dah garing, masukkan rempah kari daging/ayam dan masak sehingga pecah minyak
  4. Masukkan santan, kerisik, garam dan gula
  5. Bila dah mendidih baru masukkan buah mangga tadi 
  6. Biarkan sehingga agak pekat sedikit dan bolehlah ditutup api
Sukatan untuk bahan-bahan di atas terpulang kepada cita rasa masing-masing. Sally menggunakan 2 biji buah mangga sahaja.





Selamat mencuba... 



GIVEAWAY CASH RM350 by EMAS PUTIH

As-Salam

[Siapa nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .



CUTI-CUTI DI RUMAH MAK


ASSALAMUALAIKUM, hari jumaat 6hb Jun yang baru lepas ni sally dan anak-anak pergi bercuti di rumah mak di gombak. Sally dan siti naik teksi dari batang kali manakala nabilah naik lrt ke stesen taman melati dari kelana jaya. Suami sally pula lepas kerja terus pergi ke stesen lrt taman melati untuk ambil nabilah dan sama-sama ke rumah mak di gombak. Kami tinggal di rumah mak selama 3 hari 2 malam. Maklumlah dah lama tak pergi rumah mak, kebetulan hari sabtu tu cuti sambutan hari keputeraan spb yg dipertuan agong jadi suami sally dapat cuti. 

Disebabkan hari jumaat tu semua sampai dah lewat petang jadi kami hanya duduk di rumah sahaja. Esoknya pulak iaitu hari sabtu baru lah sally dan anak-anak pergi berjalan-jalan di KL Festival City Mall yang terletak di Danau Kota. Sebenarnya kami teringin nak makan sandwich subway dan kebetulan di situ ada kedai menjualnya. Pertama kali makan sandwich subway tu memang berbaloi sebab sedap dan ada banyak pilihan mengikut citarasa masing-masing. Harganya pun bagi sally memang berbaloi jugak. Kami hanya 'window shopping' je...tak beli apa-apa barang pun. Kami bertiga berjalan kaki dari rumah mak ke kl festival city mall tu. Tak jauh sangat lebih kurang dalam 1/2 jam berjalan.

Hari sabtu tu mak sally masak nasi hujan panas, sally pulak masak ayam masak merah tapi resepi dari mak (lebih sedap dari masak sendiri), mak juga masak pajeri mangga dan sally buat sayur jelatah. Malam tu projek memotong rambut pulak oleh adik ipar sally. 

Hari ahad selepas solat zohor, kami bertolak balik ke rumah manakala nabilah naik lrt dari taman melati ke kelana jaya. Seronok dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mak walaupun kena tegur sebab main games kat facebook ...hehe. Jom layan gambar-gambar pulak, maaf sebab ada gambar-gambar yang tak cantik ye...


meatball sandwich

chicken sandwich

seafood & crab sandwich

cucur bawang



nasi hujan panas

ayam masak merah

pajeri mangga

sayur jelatah

buah mangga

kerabu mangga

sessi bergambar dengan ultraman


Selesai










Followers

Recent Comments