ROTI BAN MANIS


ASSALAMUALAIKUM


Hari ni sally nak kongsi resepi Roti Ban Manis yg telah dibuat oleh sally dan sepenuhnya oleh anak sally iaitu Nabilah.

Bahan-bahan :

1 biji telur  (tak letak masa buat tu sebab dah habis)
500gm tepung roti
3/4 cawan gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar margerin (sally guna buttercup)
1 sudu kecil shortening (tak letak)
1 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil yis mauripan (bancuh dengan 100ml air suam)
200ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dlm bekas, kacau dan masukkan air sehingga cukup 200ml)

Cara membuat : Rendam yis dlm 100ml air suam dgn sedikit gula (sally letak 1 sudu besar gula). Biar sehingga kembang dan berbuih. Ketepikan, sementara tu satukan bahan-bahan kering iaitu tepung roti, gula dan susu tepung. Kemudian masukkan bahan-bahan cecair iaitu bancuhan susu pekat manis, telur dan air tadi dan juga yis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan margerin dan shortening(tak letak). Uli sehingga lembut dan elastik. Biar seketika sehingga doh naik mengembang. Bila dah naik, tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya. Bulat-bulatkan doh dan susun di dalam loyang yg telah disapu dengan margerin. Tutup dan biarkan doh naik 2 kali ganda. Sapu di atas permukaan doh dgn bancuhan air dan susu pekat manis kemudian taburkan sedikit gula. Bila dah masak angkat dan sapukan permukaan roti dengan margerin. Sally bakar pada suhu 160oC selama 15 - 18 minit. 
Resepi asal : Azie Kitchen 
Resepi sally menggunakan semua bahan seperti dlm blog Azie Kitchen kecuali telur dan shortening sahaja. Selamat mencuba... sementara tu jom layan lagi gambar-gambar roti ban manis dari sally ni yer...






Terima kasih datang ke blog sally 




2 comments:

Farah Deeb said...

Yea tq lepas ni nak cubelah!

Maru Maru :3 said...

Sedapppppppppppppp!

Followers

Recent Comments