GIVEAWAY CANTIK BERSAMA HESTA FACIAL TREATMENT





klik banner dia atas untuk peluang memenangi 
HESTA Facial Treatment Set Ajaib

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelbagai masalah kulit wajah boleh terjadi keatas diri anda. Ramai wanita di luar sana yang tidak sedar sebenarnya, mungkin termasuk diri anda sendiri. Untuk mendapatkan wajah yang cantik, bukanlah sesuatu yang mudah. Tak cukup dengan itu, untukMENGEKALKANNYA agar ianya mampu bertahan lama turut menjadi satu cabaran besar. Masalah-masalah yang biasa dihadapi :

  • Masalah jerawat dan parut jerawat mudah timbul
  • Masalah kulit kering, kasar & kusam
  • Masalah warna tona kulit tidak sekata
  • Masalah pori-pori terbuka
  • Masalah kurang keyakinan diri
  • Masalah kulit gelap & pigmentasi serta berjaragat
  • Masalah kelihatan kulit jauh lebih tua daripada usia

h4
Untuk mengatasi ke semua masalah di atas dan memastikan agar kulit wajah anda sentiasa cantik berseri, ada 4 pekara yang perlu anda ambil perhatian dan lakukan ….
1.Membersihkan Wajah
2.Menyegarkan Wajah
3.Melembapkan Wajah
4.Melindungi Wajah
HESTA® Facial Treatment Set
“Set Lengkap Rawatan & Penjagaan Kulit Wajah Yang TERBUKTI BERKESAN Serta Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia!”
277 produk facial(Imej-imej di atas menunjukkan gambar sebenar produk Hesta Facial Treatment Set yang mengandungi 7 item dalam satu pakej)

Hesta Facial Treatment Set ini merupakan set rawatan wajah lengkap yang mampu 
  •  membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah anda serta terus mengekalkan kesan positif tersebut untuk jangka masa lebih panjang
  • Ia terdiri daripada 7 item dalam satu pakej yang kandungannya terdiri daripada sumber bahan-bahan ekstrak tumbuhan semulajadi seperti ekstrak tumbuhan rosemary, chamomile, olive oil, aloe vera serta diperkaya dengan anti-oksida
  • Ianya dijamin selamat dan suci bebas daripada sebarang kandungan bahan-bahan kosmetik aktif berbahaya seperti hidrokuinion & merkuri
  • Diformulasikan khas menggunakan teknologi kecantikan daripada Perancis (France) yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini juga memang khas datangnya daripada France!
  • Fungsi utama Hesta Facial Treatment Set ini adalah memberikan rawatan dan melindungi kulit wajah anda daripada ancaman luaran seperti sinaran cahaya UV matahari berlebihan, debu, kotoran, suasana kering serta memulihkan kembali sel-sel dan tisu kulit wajah anda yang telah rosak
  • Dan yang menariknya, kesannya mampu anda mula lihat seawal sebaik sahaja anda selesai guna produk ini walaupun pada hari yang pertama! Dah ada bukti testomonial bagi menyokong kenyataan ini, nanti saya akan kongsikan bersama anda di bahagian bawah laman web ini
  • Produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, dari normal sehinggalah yang mempunyai kulit berminyak
  • Kesimpulannya, produk set Hesta Facial Treatment ini lah penyelesaiannya kepada masalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi serta rawatan yang secukupnya. Ia merangkumi 4 aspek penting dalam penjagaan kulit wajah seperti yang ada saya konsgsian di atas tadi iaituMembersihMenyegarMelembap dan Melindungi kulit wajah anda dalam satu masa sekaligus!
20 Kelebihan HESTA Facial Treatment Set!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit yang normal
  • Menghilangkan masalah kulit kusam tidak bermaya
  • Menlenyapkan minyak berlebihan pada kulit anda bagi mengelakkan masalah jerawat
  • Bertindak merawat & memperbaiki sel-sel kulit wajah yang rosak dan kering
  • Membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit wajah yang baru dan sihat agar anda terus kelihatan kekal muda seterusnya melewatkan proses penuaan
  • Melindungi kulit wajah anda daripada masalah kekeringan
  • Bertindak merawat kegatalan kulit wajah akibat daripada masalah resdung
  • Bertindak mengatasi bintik-bintik hitam dan putih
  • Mengawal dan mengurangkan jerawat serta mengatasi kesan parut jerawat
  • Merangsang pertumbuhan kolagen pada kulit wajah anda secara semulajadi
  • Mampu menegang dan menganjalkan kulit wajah anda
  • Menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • Melindungi kulit dari sinaran UV berlebihan
  • Salah-satu item dalam set ini iaitu Pearl Sunblock Foundation yang lembut mampu membebaskan kulit wajah anda daripada berminyak yang mampu bertahan sehingga 24 jam
  • Bertindak memudarkan dan menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan agar anda sentiasa kelihatan awet muda
  • Perbezaan & kesan positif boleh dilihat dengan hanya sekali rawatan!
  • Meningkatkan keupayaan serta mengekalkan tahap kelembapan semulajadi kulit wajah
  • Mengekalkan wajah awet muda anda walaupun usia anda sudah lanjut
  • Menaikkan lagi seri wajah anda dengan sekali rawatan sahaja
TESTIMONIAL

blogger femes -- MAK DARA




481667_219791958155110_405911413_n
PROMOSI  HESTA!!!

Dapatkan 7 jenis produk dalam satu set dengan harga terhebat!
Cleansing gel
Cleansing milk
 Facial scrub
Aloe vera gel
Lighting soothing mask
Ph balancing toner
 Pearl sunblock foundation

HARGA SUPER HEBAT!
RM 169.90 250 450(Semenanjung) & RM199 (Sabah/Sarawak)

 http://hesta1.blogspot.com
 http://hesta1stopbeauty.com
♥ Facebook : HESTA1STOPBeautyCenter
♥ Call/ Whatsapp/ SMS : 012-3384991


BEAUTI GIVEAWAY #2 by RAFYDAHOUSE


ASSALAMUALAIKUM


Giveaway yang simple dan mudah je...klik banner di atas untuk join ye...

Tag : Emas Putih



MINI GA CASH RM50 by EMAS PUTIH #PART3



As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

WORDLESS WEDNESDAY #23


ASSALAMUALAIKUM

Walaupun Hari Ibu baru aje berlalu, sally nak jugak buat entri ni...

Embedded image permalink

Ucapan diterima dari anak sulung sally...nabilah

Dibawah ni pula kad diterima dari anak kedua sally...siti





Terima kasih anak-anak umi ... ♡  Face Throwing A Kiss Emoji 1f618


SEGMEN BLOGGER AKTIF by ANYSANEZZ



Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 data-blogger-escaped-br="" data-blogger-escaped-insyallah="">


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


BIRTHDAY ADIK DAN UMI


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni nak cerita pasal 'birthday' kami berdua iaitu sally dan anak kedua iaitu Siti Khadijah,(nama manje...adik) yang jatuh pada bulan April yang baru saja berlalu. Entri lambat buat sebab pada akhir bulan april tu line tenet sally 'blackout'. Modem yang mula-mula dapat dari TM telah berakhir hayatnya disebabkan oleh kejutan elektrik akibat dari kilat/guruh dan hujan lebat yang turun pada hari tu. Rasanya dalam 2 minggu lebih sally tak dapat online intenet. Alhamdulillah nasib baik adik sally, Nizam ada modem/router yang tidak dipakai lagi sebab dia dah guna unifi, (bilalah ada rezeki nak guna unifi pulak...hehe) jadi dibaginya sally gunakan modem/router tu. Modem ni tak de wifi jadi terpaksalah sally beli usbwifi pulak. Dipendekkan cerita dapatlah sally online guna usbwifi ni walaupun 2 kali kena reject sbb ada problem. 

Bersambung balik cerita pasal 'birthday' tadi, macam biasa lah kami sambut secara paling simple. Maklumlah hari 'istimewa' tu jatuh pada hari belum dapat gaji..hehe. Untuk kek birthday siti khadijah, kami beli dari kedai King Bakery dan untuk kek birthday sally pula anak sulung sally...nabilah yang buat. Jom layan gambar-gambar dulu...

"SELAMAT HARI LAHIR SITI KHADIJAH, semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT dalam apa juga bidang yang diceburi. Kekal kasih sayang pada umi, ayah dan kakak. Tabah dan sabar dan berusaha menghadapi rintangan dan ujian dari ALLAH SWT pada masa sekarang untuk menjadi yang terbaik di masa hadapan...in sha Allah...amin." Umi sayang adik...!!! kakak pun umi sayang jugak.







Kek Black Forest ... memang sedap!!

Kek untuk sally pula dibuat oleh anak sulung sally, nabilah yang baru saja habis praktikal di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi pada 22 April 2014. Jom layan gambar-gambar ni pulak...









Kek-kek untuk sally ni resepi asalnya ialah Devil Chocolate Cake tapi warna kek tu kurang gelap sikit dan kedua-dua kek menggunakan resepi yang sama cuma yang pertama dituang chocolate ganache dan yang kedua disapu dengan buttercream. 

Memang sedap apatah lagi dibuat oleh hasil air tangan anak sally sendiri. Walaupun kami tak dapat hadiah sebab tak sempat nak beli, tapi sally bersyukur sebab bagi sally hadiah yang paling bermakna pada tahun ini ialah apabila anak sulung sally ni iaitu nabilah telah selamat pulang ke rumah dari langkawi dan ada bersama-sama menyambut hari lahir sally. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya. Sally harap semoga dapat menjadi insan yang lebih baik dari dahulu ... in sha Allah...amin.








ROTI BAN MANIS


ASSALAMUALAIKUM


Hari ni sally nak kongsi resepi Roti Ban Manis yg telah dibuat oleh sally dan sepenuhnya oleh anak sally iaitu Nabilah.

Bahan-bahan :

1 biji telur  (tak letak masa buat tu sebab dah habis)
500gm tepung roti
3/4 cawan gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar margerin (sally guna buttercup)
1 sudu kecil shortening (tak letak)
1 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil yis mauripan (bancuh dengan 100ml air suam)
200ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dlm bekas, kacau dan masukkan air sehingga cukup 200ml)

Cara membuat : Rendam yis dlm 100ml air suam dgn sedikit gula (sally letak 1 sudu besar gula). Biar sehingga kembang dan berbuih. Ketepikan, sementara tu satukan bahan-bahan kering iaitu tepung roti, gula dan susu tepung. Kemudian masukkan bahan-bahan cecair iaitu bancuhan susu pekat manis, telur dan air tadi dan juga yis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan margerin dan shortening(tak letak). Uli sehingga lembut dan elastik. Biar seketika sehingga doh naik mengembang. Bila dah naik, tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya. Bulat-bulatkan doh dan susun di dalam loyang yg telah disapu dengan margerin. Tutup dan biarkan doh naik 2 kali ganda. Sapu di atas permukaan doh dgn bancuhan air dan susu pekat manis kemudian taburkan sedikit gula. Bila dah masak angkat dan sapukan permukaan roti dengan margerin. Sally bakar pada suhu 160oC selama 15 - 18 minit. 
Resepi asal : Azie Kitchen 
Resepi sally menggunakan semua bahan seperti dlm blog Azie Kitchen kecuali telur dan shortening sahaja. Selamat mencuba... sementara tu jom layan lagi gambar-gambar roti ban manis dari sally ni yer...






Terima kasih datang ke blog sally 




Followers

Recent Comments