Tuesday, March 11, 2014

BILA AIR DI CATU


ASSALAMUALAIKUM



Hari ni sally nak cerita sikit pengalaman bila bekalan air di catu. Mula-mula dengar di tv tentang catuan air ni 2 hari ada air dan 2 hari kemudian tak ada air dan seterusnya sehinggalah sebulan, rasa nak marah pun ada, rasa nak nangis pun ada. Satu tamparan hebat (rasanya laa). Kalau pagi takde air kemudian petang atau malam dah ada air dan macam ni tiap-tiap hari ok la jugak. Sekurang-kurangnya dapatlah kita penuhkan tangki, tong-tong, botol-botol dan apa-apa bekas lagilah untuk menyimpan air ni pada waktu malamnya. Hari pertama takde bekalan air di kawasan sally ialah pada hari ahad 2hb Mac,2014. Kalut jugaklah jadinya. 

Masalah yang paling utama bagi sally ialah bila datangnya keuzuran waktu tiada bekalan air. Waktu tu bukan seorang tapi dua orang jadi kami perlu jimatkan air untuk membasuhnya. Hari kedua pula air dalam tong-tong dan baldi-baldi sudah mula berkurangan, waktu tu pulak perut sally meragam. Adoi... 

Kebiasaannya kita akan mandi 2 atau 3 kali sehari tapi apabila air di catu terpaksalah mandi 1 kali sehari aje. Mula-mula kat rumah sally ada 2 tempayan besar untuk menyimpan air tapi bila dengar catuan ni suami sally pun belilah lagi satu. Hari ke dua tak ada air memang perit sebab air dalam tempayan besar dah mula tinggal sikit. Baldi-baldi kecik pulak dah habis airnya. Selain dari tempayan besar dan baldi, sally ada menyimpan air di dalam botol-botol minuman dan bekas-bekas kuih raya serta periuk-periuk. Tapi boleh lah dikatakan masih tidak mencukupi malah suami sally pernah 'tegur' sally sebab katanya air kat rumah ni cepat habis. Sally dah habis berjimat selagi boleh tapi memang masih tidak cukup jugak. Bila nak ambik wuduk pulak terpaksalah bertawakal kepada Allah SWT sebab terpaksa guna air yang sikit. 

Air-air simpanan itu jugaklah yang sally gunakan untuk membasuh ikan dan sayur, kuali yang berminyak dan bercili, kayu pemotong ikan, pisau dll. Maaf kalau sally katakan nanti akan menyinggung perasaan yang membaca entri ni sebab sally bukanlah 'kaya' dan 'berduit' untuk membeli makanan di luar hari-hari bila takde air ni. Sebaliknya sally lebih suka memasak di rumah dan ada jugaklah sekali-sekala sally membeli lauk dari kedai. Tak boleh hari-hari nanti duit belanja dapur cepat habis...

Untuk kali ke3 ni suami sally beli lagi satu tong untuk menyimpan air. Kalau tak cukup jugak, tak taulah nak buat macammana lagi. Ingatkan bila air di catu kuranglah sikit perbelanjaan tapi tidak. Mula-mula suami sally beli tempayan air berharga RM50.00 kemudian kali kedua beli tong air pulak harganya RM36.00. Jumlah perbelanjaan RM86.00. Tu pun nasib baik dapat BRIM hari tu jadi duit itulah digunakan untuk membeli tempayan dan tong air. 

Waktu makan sarapan pula, sally dan anak sally menggunakan kertas (biasa digunakan untuk membungkus nasi lemak) atau pun pinggan kertas dan juga bekas polyester. Memasak lauk pun sally akan masak lauk pauk yang simple sangat. 

 Sehingga kali ke3 ni sally dah dapat sesuaikan diri menghadapi situasi bila air di catu. In sha Allah harapan sally supaya bulan April nanti takde lah lagi air di catu dan semoga Allah SWT dapat menurunkan hujan seperti biasa...amin. Jom layan gambar-gambar pulak.









Selesai




   



2 comments:

FARAH deeb said...

Bagus jugak idea pakai pinggan kertas tu ye. Kuali gorengan pun boleh tggl je kot dulu kan besok recycle blk. Ade air masuk br cucikan. Masak jelah yg simple. Hrtu penah gak kt sini xde air tp nak beli pun xla mampukan jd masak nasi goreng ke telur ke camtu dh.

kak faizah said...

Nampaknya air masih dicatu unt april. mdh2an kita tabah.. dan teruslah berdoa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket