Saturday, October 19, 2013

HARI RAYA AIDIL ADHA 2013



ASSALAMUALAIKUM

Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Aidil Adha 2013 jatuh pada hari selasa 15hb Oktober 2013. Seperti tahun-tahun sebelumnya kami sekeluarga akan turun ke rumah mak di gombak untuk menyambut hari raya bersama-sama keluarga. Tahun ni mak kak sally tukar destinasi untuk sambut raya haji ni di rumah adik kak sally...farah di sg buluh.

Macam biasa kami sekeluarga akan bertolak dari rumah selepas solat zohor iaitu selesai pengagihan daging korban. Rasanya sambutan raya haji tahun ni kurang meriah sikit sebab pak saudara dan mak saudara yang sepatutnya datang ke rumah farah tidak dapat datang sebab demam mengejut dan ada yang tidak dapat datang kerana urusan lain. Abang kak sally juga tiba-tiba demam dan tidak dapat datang. 

Gambar-gambar pun tak banyak yang kak sally ambik sebab macam kurang mood beraya. Bila dah balik rumah baru teringat ... rugi pulak tak ambik gambar banyak hari tu. Hanya gambar makanan kat rumah farah je yang ada ni...tu pun 'snap' tak cantik. betul ke ayat ni...?? Jom layan...


mee kari dari kak sally

kari ayam

lemang, rendang daging, kerabu mangga dan nasi ayam oleh farah

bihun oleh mak

Terima kasih farah jamu kami dengan makanan yang sedap-sedap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket