Monday, August 12, 2013

JALAN-JALAN HARI RAYA 2013/1434H


ASSALAMUALAIKUM



Hari Raya pada tahun ini jatuh pada hari Khamis iaitu 8/8/2013. Malam raya tahun ini kak sally dan keluarga berada di rumah mak di gombak. Rombongan takbir raya datang ke rumah mak kak sally lebih kurang dalam pukul 10.00 mlm ke atas. Hidangan yang simple saje untuk rombongan takbir ni. 


Selepas solat Hari Raya, kak sally dan keluarga memohon maaf / bersalam-salaman dengan mak dan nizam yang tinggal dengan mak kat sini. Dari situ bertolak pula ke rumah kak long iaitu kakak sulung suami kak sally yang tinggal di shah alam. Kami dihidangkan dengan nasi dagang.




Dari rumah kak long ni pula kami ke rumah pakcik kak sally di shah alam juga. Dari sini pulak kami beraya di selayang baru iaitu rumah mak cik suami kak sally (adik bongsu arwah mak mertua) kak sally. Kemudian kami bertolak pula ke medan batu caves menyambut raya di rumah alan iaitu adik lelaki suami kak sally. Kami dihidangkan dengan menu biasa hari raya iaitu nasi impit, rendang daging, sayur lodeh dan sambal ikan bilis. Tak lupa juga...lemang. Selepas tu beraya pula ke rumah adik perempuan bongsu suami iaitu suraya. Menu special ... nasi ayam dengan ayam masak merah ...sedap..!! Selesai solat maghrib baru kami balik ke rumah mak semula. 

Hari Raya kedua pula kami bertolak ke rumah adik bongsu kak sally...farah yang terkenal dengan sugarplum's kitchen dan sugarplum's closet. Cer..tengok hidangan kat sini...sedap-sedap..!!








Dari sini kami beramai-ramai beraya pula ke rumah abang kak sally di segambut. Menu special bihun sup ... siap dengan chicken ball, meatball, chicken finger dan nuget udang. Sedap..!!




Mengakhiri malam kedua raya, kami beraya pula di rumah fendy...adik kak sally di taman ibu kota. Kebetulan adik kak sally ni menyambut hari lahir pada bulan ini dan dalam hari raya jadi isteri tercintanya menghadiahkan beliau dengan kek coklat moist...sedap...!! Hidangan lain ialah pizza.




Hari raya ketiga pula kami ke teluk intan untuk menyambut raya di rumah makcik kak sally (adik bongsu mak) iaitu cik mona. Siap ade barbeque kambing dan ayam...sedap..!!




Selesai berhari raya di teluk intan, kami bertolak balik ke kuala lumpur dan sampai ke rumah mak lebih kurang pukul 10.30 malam. Esoknya iaitu hari keempat raya, kami pun balik ke batang kali. Raya tahun ni kami betul-betul "beraya sakan" ... 3 hari raya berturut-turut berjalan rumah adik-beradik dan berjumpa saudara-mara yang jarang dapat jumpa. In sha Allah ... ada rezeki lagi tahun depan bolehlah berjalan-jalan raya lagi.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket