Sunday, June 30, 2013

KEK SPAN PANDAN


ASSALAMUALAIKUM

Semalam kak sally buat kek span pandan untuk minum petang. Ok jadi ... keknya gebu dan lembut. Cuma kak sally terlebih letak gula...jadi kalau tengok gambar kek span pandan ni memang lah tak lawa sebab bahagian atasnya manis gula. Resepi asal kak sally ambik dari cik Nurul Ain. Geram betul tengok kek span coklat dia ... Disebabkan serbuk coklat tak ada jadi kak sally gunalah apa yang ada kat dapur ni ... pandan paste. Jom layan gambar dulu ...



Bahan-bahan :
  • 5 biji telur 
  • 170gm gula kastor
  • 140gm tepung gandum
  • 1 camca teh ovalette
  • 1 camca teh baking powder
  • 70gm minyak masak 
  • 2 camca besar pandan paste
Cara menyediakan :
  1. Pukul telur, gula, ovalette dan pandan paste dengan kelajuan maksima hingga kembang dan bertanduk.
  2. Selepas itu masukkan tepung gandum yg telah diayak dengan baking powder tadi ke dalam adunan.
  3. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sebati dengan cara kaup balik. Kacau rata-rata.
  4. Tuang ke dalam loyang dan bolehlah dibakar. Disebabkan kak sally menggunakan acuan roda dan dimasak di atas dapur gas, jadi suhunya tak dapatlah dipastikan. Cuma kak sally menggunakan api yang kecil semasa membakar. Anggaran masa ialah selama 30 hingga 35 minit.  



1 comment:

zana fahmi said...

huhu...kakpb tak berani buat kek gebu2 mcm ni, risau dia turun mendadak (alasan org malas)
Cantik dan gebu je kek Sally.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket