RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE LELEH


ASSALAMUALAIKUM


Minggu ni kak sally buat 'red velvet cake' yang bertopping cream cheese meleleh. Untuk adunan kek red velvet ni kak sally gunakan tepung segera. Senang aje caranya cuma tambah susu segar dan minyak jagung/minyak sahaja. Sukatan susu segar dan minyak tu ada disertakan kat bungkusan dia. 

Untuk topping cream cheese tu kak sally putarkan cream cheese, whipping cream, gula ising dan esen vanila. 

Jom layan lagi gambar-gambar kek red velvet ni...






sedap...terima kasih farah sbb tolong belikan tepung segera tu...





DECEMBER GIVEAWAY by FATIN DIANA


ASSALAMUALAIKUM


Jom join december giveaway dari fatin diana ni. Klik banner di bawah untuk join ye...


Pilihan hadiah yang paling kak sally nak ...

  1. CASH RM50
  2. AURAWHITE 400,000mg
  3. TOTE BAG AUTHENTIC MANGO WORTH RM80
  4. PEPLUM BLOUSE
yg ke 5 dan seterusnya ... lain-lain hadiah yang disenaraikan.

Tag : Izumi

OREO CUPCAKE & BANANA CUPCAKE


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kak sally nak kongsi gambar-gambar Oreo cupcake dan Banana cupcake yang anak kak sally dan kak sally buat pada hari sabtu, 23/11/2013. 

Oreo cupcake : bahan-bahan yang kak sally gunakan ialah biskut oreo coklat 2 bungkus, tepung muffin segera 1 bungkus. Adunan tepung segera ni boleh dapat dalam 29 cupcake. Untuk krim kak sally gunakan butter cream.

oreo cupcake yang dah masak tapi belum disapu krim


biskut oreo yang telah disusun dalam cawan kertas


butter cream yang digunakan untuk topping



adunan sedang diisi ke dalam cawan yang berisi oreo tadi

Banana cupcake : bahan-bahannya ; 9 biji pisang emas dilecek dan campurkan dengan 4 sudu besar susu tepung. 2 biji telur dipukul bersama dengan 1 1/2 cawan gula perang sampai kembang. Kemudian masukkan pisang, 3/4 cawan minyak masak, 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat yg telah dilarutkan dgn 2 sudu besar air panas mendidih, 1 1/2 sudu teh esen vanila dan 2 1/2 cawan tepung gandum. Gaul sampai rata semua bahan-bahan ni kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk cupcake dan dihiasi dengan chocolate rice. Bakar sehingga masak.




Maaf gambar Oreo cupcake yang dah siap sepenuhnya berserta dengan topping butter cream tak sempat nak ambik. Terima kasih singgah ke sini...






TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY by HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM


Jom join GA ni...senang aje pun. Untuk lebih maklumat klik banner di atas ye..!!

Tarikh GA : 13/11/2013 hingga 30/11/2013

GIVEAWAY OLE-OLE FROM KOREA by SHAD


ASSALAMUALAIKUM


Jom join giveaway ni...terutama peminat-peminat kpop

Banyak hadiah-hadiah menarik dari korea

Nak tau lebih lanjut...klik kat banner di atas ye...!

SIMPLE SEGMENT by SIMPLESYARA


ASSALAMUALAIKUM



Jom join segmen yg simple ni ... tarikh tutup 20/11/2013

Jangan lupa klik banner ye...!!

KEK LA KOPIKO


ASSALAMUALAIKUM

Salam Maal Hijrah buat semua rakan-rakan blogger. Dah lama kak sally tak dapat 'update' blog sebab komputer kak sally ada masalah sikit. Tapi sekarang dah ok. Hari ni kak sally nak kongsi gambar kek kopi. Kopi yang kak sally gunakan ialah LA Kopiko. Rasa kopi ni manis dan tidak pahit. Kak sally gunakan resepi kek biasa cuma ditambahkan serbuk kopi LA Kopiko ni ke dalam adunan kek dan krimnya. Untuk krim kak sally gunakan whipping cream aje. Beginilah hasilnya...





HARI RAYA AIDIL ADHA 2013



ASSALAMUALAIKUM

Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Aidil Adha 2013 jatuh pada hari selasa 15hb Oktober 2013. Seperti tahun-tahun sebelumnya kami sekeluarga akan turun ke rumah mak di gombak untuk menyambut hari raya bersama-sama keluarga. Tahun ni mak kak sally tukar destinasi untuk sambut raya haji ni di rumah adik kak sally...farah di sg buluh.

Macam biasa kami sekeluarga akan bertolak dari rumah selepas solat zohor iaitu selesai pengagihan daging korban. Rasanya sambutan raya haji tahun ni kurang meriah sikit sebab pak saudara dan mak saudara yang sepatutnya datang ke rumah farah tidak dapat datang sebab demam mengejut dan ada yang tidak dapat datang kerana urusan lain. Abang kak sally juga tiba-tiba demam dan tidak dapat datang. 

Gambar-gambar pun tak banyak yang kak sally ambik sebab macam kurang mood beraya. Bila dah balik rumah baru teringat ... rugi pulak tak ambik gambar banyak hari tu. Hanya gambar makanan kat rumah farah je yang ada ni...tu pun 'snap' tak cantik. betul ke ayat ni...?? Jom layan...


mee kari dari kak sally

kari ayam

lemang, rendang daging, kerabu mangga dan nasi ayam oleh farah

bihun oleh mak

Terima kasih farah jamu kami dengan makanan yang sedap-sedap.


PARTI HARI LAHIR 'SURPRISE' UNTUK BONDA TERSAYANG


ASSALAMUALAIKUM

Hari sabtu 5hb Oktober 2013 kak sally, abang kak sally dan adik-beradik serta anak-anak buah kak sally telah mengadakan parti hari lahir 'surprise' untuk bonda tersayang kami. Disebabkan hari isnin ialah waktu bekerja dan bersekolah jadi kami telah berpakat mengadakan parti ni lebih awal dari tarikh lahir iaitu  pada hari sabtu. 

Kek durian dibawa oleh adik kak sally...fendy

Kek lobak dibuat oleh adik kak sally...farah


Nasi beriani dan roti john dibawa oleh abang kamal dan anaknya aten


Kek oren dan kek pandan dibuat oleh farah

Sate oleh fendy ... puding jagung oleh kak sally

Baked makaroni cheese dan cempedak oleh farah
Karipap dibuat oleh mak kak sally

Domino pizza diorder oleh anak buah kak sally...maisarah

Sirap bandung, sirap dan sarsi yang menyegarkan


Kek durian secret recipe


ready...

surprise...!!!




Kak sally & anak-anak gembira sangat dan bersyukur kepada Allah SWT  kerana dapat meraikan hari lahir 'mak tersayang'. Semoga Allah SWT memberi mak kesihatan yang baik...amin. Tak lupa juga terima kasih kepada adik kak sally...nizam yang telah datang ke rumah untuk membawa kak sally dan siti ke rumah mak. 




















MINI GIVEAWAY by T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 2


ASSALAMUALAIKUM



Nak tak t-shirt running man yang macam kat banner di atas ni...kalau nak cepatlah 'klik' kat banner di atas dan join mini giveaway ni ye...!


"T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY!" by NABILA MEDAN


ASSALAMUALAIKUM


Terujanye kak sally tengok t-shirt blogging ni sebab tu kak sally join. 

Apa lagi ... klik kat banner di atas cepat-cepat ye...!!

Tarikh penyertaan : 16 September hingga 23 September 2013


GIVEAWAY 2013 by JAJA


ASSALAMUALAIKUM


JOM JOIN GIVEAWAY NI ... 

HADIAH-HADIAH YANG KAK SALLY NAK IALAH :

POLAROID CAMERA

T - SHIRT PRINTING (SHORT SLEEVES) ... IDOL  BIG BANG

VAUCHER RM 40 FOR PIZZA HUT




KENDURI KAHWIN MIN & DR IZAIRI


ASSALAMUALAIKUM

31 Ogos 2013 Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Hari ini juga anak buah kak sally iaitu anak kak norma (sepupu) sebelah arwah abah pula mengadakan majlis perkahwinan yang berlangsung di Banquet Hall, Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), Persiaran Duta, Kuala Lumpur. Anak buah kak sally ni dikenali dengan panggilan Min telah bernikah dengan Dr Izairi Abidin bin Dato Wira Haji Zainol Abidin. Min adalah kakak kepada pelakon yang berbakat iaitu Nadia Nisa.

Jom layan gambar-gambar yang dapat kak sally tangkap...maaf kalau gambar-gambar kurang memuaskan sebab guna handset aje.











dessert
jem strawberi

SELESAI















Followers

Recent Comments