Monday, October 29, 2012

HARI RAYA AIDIL ADHA


ASSALAMUALAIKUM,

TAHUN NI DISEBABKAN HARI RAYA AIDIL ADHA ATAU HARI RAYA HAJI/KORBAN JATUH PADA HARI  JUMAAT MAKA ACARA PENYEMBELIHAN LEMBU DAN KAMBING  DI KEBANYAKKAN MASJID DAN SURAU TELAH DILAKUKAN PADA HARI SABTU IAITU 27hb OKTOBER 2012. 

SELALUNYE SELEPAS SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA,  SUAMI KAK INA AKAN PERGI MENOLONG DALAM ACARA PENYEMBELIHAN LEMBU DI SURAU KAWASAN PERUMAHAN KAMI PADA WAKTU PAGI SEHINGGA SELESAI. KEMUDIAN BARU KAMI AKAN BERTOLAK KE RUMAH MAK KAK INA DI GOMBAK. 

TAHUN NI PROGRAM KAMI DITUKAR. KAMI BERAYA DI RUMAH MAK PADA HARI JUMAAT DAN PAGI SABTU KAMI BERTOLAK BALIK KE BATANG KALI. SAMPAI DI SURAU TERSEBUT, ACARA PENYEMBELIHAN DAH SELESAI. AHLI-AHLI KARIAH SURAU LAKI-LAKI SEDANG MEMOTONG DAN MEMBAHAGI-BAHAGIKAN DAGING-DAGING KORBAN. SUAMI KAK INA TAK LEPASKAN PELUANG UNTUK MENOLONG PADA WAKTU ITU JUGA.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




YANG DI ATAS NI GAMBAR KEK SPAN COKLAT SEMPENA HARI LAHIR ANAK SULUNG KAK INA.

YANG DI BAWAH NI PULA KEK SPAN MARBLE SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket