Thursday, August 16, 2012

BAZAAR RAMADHAN 2

Assalamualaikum, sekejap benar rasanye dah 27 hari kita berpuasa kan! Pada hari Sabtu iaitu 11/8/2012, kami pergi ke bazaar ramadhan di batang kali ni untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari tu kami beli nasi kukus ayam dara dan murtabak. Jom layan gambar-gambarnye...


Nasi kukus ayam dara ni dihidangkan dengan 3 sos iaitu sambal belacan (pedas sbb campur cili padi), sos manis dan kari pekat (mcm kari daging). Pertama kali kak ina makan nasi ni. Rasanye sedap lebih-lebih lagi ayam gorengnye. Harganye juga berpatutan.

Gambar yang akhir tu pulak ialah murtabak dan sup tulang yang suami kak ina suruh beli. Okey sampai sini saje hidangan dari bazaar ramadhan untuk tahun 2012. 

Kak ina juga mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI  MAAF ZAHIR BATIN kepada sanak saudara, sahabat handai serta rakan-rakan fb dan bloggers.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket