Sunday, July 1, 2012

KEK BISKUT OREO


Assalamualaikum, kak ina teringin benar nak buat kek yang dicampur dengan biskut oreo. Tengok resepi kawan-kawan macam senang aje. Resepi ni kak ina buat sendiri ikut adunan kek yang kak ina biasa buat cuma adalah olahan sikit sebab nak campurkan biskut oreo ni. 



Sebenarnye dua-dua kek diatas adalah sama cuma kak ina masak 'double sukatan' jadi dapatlah 2 loyang kek. Satu loyang bulat dan satu lagi loyang empat segi tapi kek tu kak ina potong 3 segi sebab nak lapiskan ... dan jadilah seperti gambar di atas...hehe

Bahan-bahan:
  1. 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  2. 250 gm buttercup
  3. 137 gm biskut oreo (dicincang hancur sekali dengan krimnye)
  4. 2 cawan gula kastor
  5. 6 biji telur
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. 1 sudu teh baking powder
    Cara penyediaan:
    Putar buttercup dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Tepung yang telah diayak bersama-sama dengan baking powder tadi dimasukkan berselang-seli dengan air. Mulakan dengan tepung dan disudahi juga dengan tepung. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dicincang halus tadi dan digaul rata. 
    Sediakan loyang pembakar dan masukkan adunan ke dalam loyang dan dibakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan krim. Kak ina gunakan krim 'buttercream icing'. 
    Selamat mencuba! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket