Monday, June 18, 2012

HARI BAPA


Assalamualaikum, sebenarnye kak ina tak tau nak citer ape pasal hari bapa ni sebab 'abah' kak ina dah meninggal dunia pada tahun 1993. Memanglah sedih bila teringat kat  arwah abah. Banyak sangat pengorbanan arwah abah kat kak ina. Lagipun kak ina ni anak kesayangan arwah abah ... hehe (terperasan pulak). 

Arwah abah seorang abah yang baik dan penyayang. Beliau tak pernah memukul kami adik-beradik jauh sekali nak tinggikan suara. Walaupun masa kami kecik-kecik biasalah bergurau sampai nak gaduh tapi bukanlah bergaduh benar ... adik-beradik katakan ...

Kak ina ingat tiap-tiap hari selepas arwah balik kerja dengan menaiki motosikalnye, kami iaitu kak ina dan 2 lagi adik kak ina selalu naik membonceng motorsikal bersama-sama dengan arwah mengelilingi padang taman permainan kat rumah kami di Taman Ibu Kota.

Kak ina juga tak dapat lupakan pengorbanan arwah abah semasa kak ina di tingkatan 1. Jauh sekolah kak ina dari rumah lebih kurang 25 minit atau 30 minit berjalan kaki. Petang waktu sekolah habis, hujan pulak turun dan kak ina memang tak bawak payung. Bila keluar kat kantin sekolah tu kak ina nampak arwah abah menunggu kak ina sambil memegang sebatang payung. Kak ina ingatkan pakai payung balik jalan kaki tapi rupanye arwah abah bawa basikal sekali. Jadi beliau suruh kak ina pegang payung duduk di hadapan manakala arwah abah duduk belakang mengayuh basikal. Rasanye basikal ni dah susah nak jumpa. Tempat penumpang duduk dipalang depan. Dan bayangkan arwah abah hanye menggunakan plastik untuk tutup kepalanye.  Masa tu kak ina rasa malu sangat. Masa tu hari masih lagi hujan tapi arwah abah sanggup jugak kayuh basikal sampai ke rumah. 

Bila dikenangkan kembali cerita tu kak ina rasa 'tak ade istilah malu' patutnye. Faham-faham ajelah waktu tu kan umur kita tengah naik ke remaja jadi semuanye nak nampak elok dan sempurna. Berbalik kepada cerita tadi, boleh dikatakan tiap-tiap hari arwah abah akan datang ambik kak ina balik sekolah dengan menaiki basikal. Bila kak ina dah ade keluarga sekarang, kak ina pulak yg menjadi seperti arwah abah dulu. Hantar dan ambik anak-anak kak ina pergi dan balik ke sekolah. Cuma waktu sekarang berbeza sedikit sebab anak-anak kak ina ade basikal mereka sendiri. Macam mana penat lelah arwah abah dulu, kak ina dapat rasakannye. Mungkin juga perasaan gembira + penat itu juga kak ina dapat rasakan.

Kepada anak-anak, adik-adik dan kawan-kawan kak ina ; hargailah 'ayah' atau 'abah' dan sayangilah beliau sepertimana kamu menyayangi emak kamu. Walaupun kadang-kadang beliau tidak menunjukkan perasaan itu secara terang-terang sebab sebenarnye dalam hati beliau tersimpan perasaan kasih dan sayang.

  • Inilah wajah arwah abah kak ina ... sayang ABAH ... Al-Fatihah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket