Jalan-jalan hari Khamis





Assalamualaikum, jumpa lagi. Hari ni nak citer sikit pasal urusan keluarga kak ina. Mula-mula kami pergi klinik kesihatan Ulu Yam Bharu utk checkup anak sulung yg nak masuk plkn tu. Kami pergi kul 9.00 pagi dan sampai kat situ ... ramai pulak orang. Tanye kat nurse tu nak buat checkup ... katanye kul 2.00 ptg kena dtg balik. okeylah ...suami pun ckp jom pergi kat klinik rasa pulak. Sampai kat rasa pulak...nurse tu pun cakap kul 2.00 utk checkup budak2 plkn ni. Emm... Kebetulan kami nak pergi ke Kuala Kubu Baru utk urusan bsn pulak jadi suami cakap cuba tengok kat hospital Kuala Kubu tu. Kat sini hari ni dah penuh jadi kena buat appointment utk minggu depan ??? cancel jugaklah nak checkup kat sini sbb suami akak susah sikit nak dpt cuti. Lagipun minggu dpn jugaklah anak kak ina nak bertolak ke sana. 


Dah lapar pulak...jom singgah kat kedai mamak yg famous kat kkb ni...capati ni kak ina nye...

Yang ni lak anak sulung kak ina nye...
Roti canai telur utk anak2 kak ina dan suami...      

Tengok jam awal lagi ... lepas tu kami singgah kat masjid ulu yam bharu ni. Selepas solat zohor baru pergi balik ke klinik kesihatan ulu yam tadi. Ingatkan dapat giliran no 1 ni bolehlah terus masuk bilik doktor utk checkup rupanye belum lagi. Kat tempat menunggu ke 2 ni kena ukur tinggi dan berat dulu. Kemudian check mata dan air kencing. Lepas tu ingatkan bolehlah cepat dipanggil tapi kena tunggu jugak sampailah kul 5.15 ptg baru lah giliran anak kak ina masuk. Mana taknye doktor kat sini seorang aje lepas tu ptg Khamis juga waktu check utk baby dan ibu2 mengandung. Jadi terpaksalah tunggu hingga giliran yg ke3 akhir. Aduh...duh... perut kami semua dah berkeroncong...maklumlah dari pagi tadi hanya makan capati dan roti canai aje... tengahari belum makan lagi. 


5.30 ptg selesailah sudah checkup dgn doktor. Kami semua kelaparan dan kepenatan. Maklumlah kami semua tak dapat makan dan rehat. Takpelah mungkin ada hikmahnye... kemudian kami pergi makan kat kedai mamak kat Batang Kali ni pulak. Selepas bershopping sikit kat pasaraya Econsave, kami pun balik rumah ... itupun selepas selesai solat maghrib kat Masjid Bandar Utama Batang Kali.










Followers

Recent Comments