Friday, April 20, 2012

April ... April...

Assalamualaikum, semoga sihat selalu. Ini adalah blog pertama kak ina. Bukan ape... teringin jugak nak buat blog lepas tengok anak2 dan rakan2 fb ada blog. Kalau ada salah silap harap maaf ye. Maklumlah orang baru katakan... hehe


Mula2 kak ina nak ceritakan pasal bulan April ni. Selalunye bila masuk je bulan April, kak ina dah rasa gembira. Tapi tahun ni ... 2012, macam2 perasaan yg kak ina rasakan. Lebih2 lagi dah hampir bulan Mei ni... lagilah perasaan berdebar2 dan sedih ... semuanye adalah. Bukan apa ... anak sulung kak ina yg tak pernah berjauhan dgn kami sekeluarga ni akan memasuki plkn di Pekan, Pahang. Dahlah jauh dan kami pun tak pernah sampai kat sini. Jadi ... faham2 ajelah... macam2 yg difikirkan. 


Sedih ... maklumlah kak ina ni jenis sensitif. Mudah mengalirkan air mata. Sedih ke, gembira ke ... mesti air mata ni nak keluar. Bila dah konfem nama anak kak ina kena masuk plkn ni (pengambilan 2), bukan aje hati anak kak ina yg berdebar2 tapi kak ina ni pun berdebar2 jugak. Doa kak ina semoga anak kak ina ... Syahirah Nabilah selamat menjalani segala apa jua program yg dianjurkan di situ. Semoga anak kak ina juga sentiasa dilindungi dengan selamatnye oleh ALLAH SWT selama berada di pusat itu nanti...Amin. 


Pada bulan ni juga anak kak ina telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di IPTS di dalam bidang yg diminatinye. Insyaallah kalau ada rezeki bolehlah jadi chef. Semoga ALLAH SWT  memakbulkan impiannye... Amin. Bila anak kak ina dapat panggilan dan surat tawaran dari IPTS tu kak ina rasa gembira sbb anak dapat meluaskan dan mendalami pengetahuan dalam bidang yg diminati secara tak langsung dapat menjamin masa depannye dgn kejayaan. Maklumlah kak ina tak dapat peluang masa lepas sekolah dulu... sedih... Jadi anak kak ina tangguhkan dulu kemasukan ke IPTS tu pada bulan September. 


April ... merupakan bulan kelahiran kak ina dan anak kedua kak ina. Tarikh lahir anak kak ina Siti Khadijah sehari sebelum tarikh lahir kak ina. Insyaallah kami akan menyambut bersama keluarga secara sederhana aje. Pada bulan ni juga kak ina mendapat berita tentang atuk (ayah mak kak ina) yg berasal dari United Kingdom. Kak ina tak tipu tau... Selama ini kami adik beradik dan sepupu kak ina mencari2 berita tentang atuk orang putih ni. Dipendekkan cerita... adik bongsu kak ina telah mendapat email dari peguam yg telah memberi beberapa info tentang atuk dan ahli keluarganye. Kak ina rasa gembira dan sedih mengenang kisah atuk yang terkorban sewaktu Jepun menjajah Malaysia. Kami juga telah berkenalan dengan adik tiri atuk (mak saudara kak ina) yg menetap di Perth, Australia melalui facebook. Bagus jugak fb ni ... dapat menghubungkan tali persaudaraan yg telah lama hilang.

Disertakan gambar-gambar yang berkaitan dlm cerita ni.
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket