BAZAAR RAMADHAN

Assalamualaikum, cepat benar masa berlalu ye ... tup tup dah 10 hari kita berpuasa. Untuk entri kali ni kak ina nak kongsi juadah-juadah yang kami beli di Bazaar Ramadhan Batang Kali. 


Hari Sabtu 28/07/2012 kak ina dan anak-anak kak ina pergi ke bazaar ramadhan yang berhampiran rumah kami untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari tu kak ina tak masak jadi kak ina beli nasi tomato, otak-otak, popia goreng dan air mangga.


Ayam masak kicap ni pulak kak ina masak pada hari isnin iaitu hari ke 3 puasa.


Kuih-muih ni pulak dibeli oleh suami kak ina pada hari rabu iaitu hari ke 5 puasa.


Akhir sekali ialah bubur lambuk yang suami kak ina ambik dari surau berhampiran rumah kami.
 Bubur lambuk ni hanya di agih-agihkan untuk orang ramai pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.















SEGMEN : "SAYA NAK ANGPAU RAMADHAN!" BY QALESHYA UMAIRAH


Assalamualaikum, 

Nampak tak banner kat atas ni ... haaa ... kali ni apa kata kita join segmen dari Qaleshya Umairah pulak ok !!!

Kalau nak maklumat lanjut silalah klik kat banner di atas ni ye ...

Yang kena tag ... jangan marah ye !








RESEPI : PEGEDIL IKAN

Assalamualaikum, apa khabar kawan-kawan blogger? Hari ni kak ina nak kongsi resepi yang kak ina buat untuk berbuka puasa semalam.
Resepinya ialah Pegedil Ikan. Anggaran hidangan ialah untuk 4 orang.


  1. 2 ekor ikan kembung - direbus dan diambil isinya serta ditumbuk lumat
  2. 3 biji ubi kentang - direbus dan dilenyek lumat
  3. 1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
  4. lada sulah secukup rasa
  5. daun bawang dan daun sup ikut selera
  6. 1/2 atau 1 biji cili merah, 1/2 biji bawang besar, garam dan serbuk perasa
  7. 2 atau 3 biji telur dipukul kembang untuk mencelup pegedil 
Cara memasaknya : Gaulkan isi ikan yang telah ditumbuk lumat bersama-sama dengan ubi kentang, lada hitam, lada sulah, daun bawang dan daun sup, cilimerah dan bawang besar yang  dipotong dadu, garam dan serbuk perasa. Kemudian celupkan ke dalam telur tadi dan digoreng sehingga berwarna kuning keemasan. Siap dan bolehlah dihidangkan bersama-sama dengan sos cili.
Mudah aje kan ... selamat mencuba. Sambil tu kita layan lagi gambar-gambarnya.



WORDLESS WEDNESDAY *9

Assalamualaikum, wordless wednesday untuk hari ni ialah ...





 

Jom Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum, kali ni kak ina nak join segmen Jom Blogwalking Dibulan Ramadhan oleh Nabila Medan. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut silalah klik kat 'banner' di atas ye...terima kasih. 


Sape-sape nak join pun boleh...silalah...





WORDLESS WEDNESDAY *8


Assalamualaikum 

Insyaallah umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu (21/7/12). Dengan ini kak ina mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan blogger.
 


ALHAMDULLILLAH ... DAH SELAMAT SAMPAI

Assalamualaikum, pada hari Sabtu 14/7/12 anak kak ina yang masuk kem plkn Penor, Pekan Pahang telah selamat sampai ke Stadium Selayang setelah 3 bulan menjalani kursus di sana. Nabilah telah selamat sampai pada pukul 1.05 minit tengahhari. 




Berhadapan dengan stadium itu pula terdapat Karnival Wanita & Keluarga Alam Ria oleh PASTI Selayang. Macam-macam yang dijual kat sini. Boleh juga membuat semakan SPR. Jom layan gambar-gambarnye...


Kami singgah kat Medan Selera di Tesco Rawang untuk makan tengahhari. Layan...


Selesai sudah...



















1st GiveAway by Fatin & Fatini


Assalamualaikum, nak giveaway lagi tak? Ok ... kali ni kak ina join 1st GiveAway by Fatin & Fatini. Macam-macam hadiah menarik yang disediakan. Kalau tak caye cubalah klik kat gambar di atas ni ye ... kalau yang belum 'follow' kak ina tu ... silalah 'follow' sekali ye ... terima kasih.

Nama-nama yang kena tag ni ... jangan marah ye ...

fara afiqah
tyrasweetiey91


SUKMA 2012/PLKN PENOR




Assalamualaikum, 7hb Julai,2012 Negeri Pahang telah dipilih untuk menjayakan majlis Sukan Malaysia XV 2012 atau dikenali sebagai SUKMA. Majlis telah dirasmikan oleh Sultan Pahang iaitu DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Upacara perasmian berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang. Majlis perasmian telah berlangsung dengan sempurna. Anak kak ina yang telah memasuki plkn Penor merupakan salah seorang peserta yang mengambil bahagian di acara perasmian tersebut. Pelatih-pelatih plkn yang terlibat adalah dari plkn Penor, plkn Gambang dan plkn Semarak. 

Kak ina telah melihat acara pembukaan perasmian malam sabtu tu walaupun dari kaca tv sahaja walaupun begitu kak ina rasa bangga dan gembira sebab persembahan mereka sungguh bersemangat dan lancar. Tak sangka pulak ada penyanyi terkenal Siti Nurhaliza turut serta dalam acara tersebut. Rezeki anak kak ina sebab dapat mengambil bahagian di dalam acara tersebut dan dapat melihat wajah penyanyi kesayangan dia dari dekat. Anak kak ina ni memang minat sangat kat Siti Nurhaliza. Pantang jumpa gambar Siti Nurhaliza dalam majalah ke, suratkhabar ke ... pasti dia akan ambik dan tampalkan di dalam buku besar yang dijadikan album  gambar-gambar Siti ni. Kalau pergi rumah nekwan dia pun mesti dia akan cari gambar-gambar artis pujaan dia tu ... sampaikan mak kak ina pun dah faham dan selalu asingkan suratkhabar yang ada gambar Siti khas untuk dia. 


 
Nak citer sikit gak ... pada hari Jumaat 6/7/12 iaitu sehari sebelum majlis rasmi tu bermula, kak ina terima surat dari anak kak ina tu ...tak lah sedih sangat tapi adelah jugak bergenang air mata ni kan ... hehe. Sebenarnye surat ni dah lama pelatih2 ni buat khas untuk mak/ayah masing2 tapi lambat sikit diposkan. 

Insyaallah pada 14hb Julai 2012 semua pelatih-pelatih plkn pengambilan ke 2 ni akan habis mengikuti kursus di kem masing-masing. Kak ina berdoa semoga anak kak ina dan rakan-rakannye semua akan selamat balik ke rumah masing-masing. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka juga...amin. 








GIVEAWAY FROM DAYAH SNOW HEUKA






Assalamualaikum , nak join sekali boleh ...? hehe. Anda nak selendang percuma tak? Kalau nak silalah join Giveaway contest ni. Saya nak "Selendang Pashmina".

Jangan marah saya tag ye ... 

 iDaMiKa aKiMiDa
 Dieyna
 Zarithsufiea

WORDLESS WEDNESDAY *7



Assalamualaikum, semoga hari ini membawa keceriaan kepada semua. Hari ni 4hb Julai,2012 bersamaan dengan 14 Syaaban dan esok 5hb Julai,2012 adalah 15 Syaaban. Malam ni dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Terdapat beberapa perkara yang amat digalakkan kita melakukannya iaitu :

  1. Memperbanyakkan ibadat puasa sunat dan berqiyamullail (melakukan solat tahajud dan solat sunat taubat)
  2. Memperkukuhkan tali silaturrahim
  3. Beristiqamah melakukan amal ibadat
  4. Memperbanyakkan memohon keampunan dari ALLAH SWT
Kepada rakan-rakan yang sedang berpuasa sunat di bulan Syaaban ini, kak ina ucapkan Selamat Berpuasa dan semoga segala amal ibadat yang kita lakukan mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT ... Amin. Insyaallah.


KEK BISKUT OREO


Assalamualaikum, kak ina teringin benar nak buat kek yang dicampur dengan biskut oreo. Tengok resepi kawan-kawan macam senang aje. Resepi ni kak ina buat sendiri ikut adunan kek yang kak ina biasa buat cuma adalah olahan sikit sebab nak campurkan biskut oreo ni. 



Sebenarnye dua-dua kek diatas adalah sama cuma kak ina masak 'double sukatan' jadi dapatlah 2 loyang kek. Satu loyang bulat dan satu lagi loyang empat segi tapi kek tu kak ina potong 3 segi sebab nak lapiskan ... dan jadilah seperti gambar di atas...hehe

Bahan-bahan:
  1. 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  2. 250 gm buttercup
  3. 137 gm biskut oreo (dicincang hancur sekali dengan krimnye)
  4. 2 cawan gula kastor
  5. 6 biji telur
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. 1 sudu teh baking powder
    Cara penyediaan:
    Putar buttercup dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Tepung yang telah diayak bersama-sama dengan baking powder tadi dimasukkan berselang-seli dengan air. Mulakan dengan tepung dan disudahi juga dengan tepung. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dicincang halus tadi dan digaul rata. 
    Sediakan loyang pembakar dan masukkan adunan ke dalam loyang dan dibakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan krim. Kak ina gunakan krim 'buttercream icing'. 
    Selamat mencuba! 



Followers

Recent Comments