DURIAN OH DURIAN

Assalamualaikum, hari Rabu lepas kawan suami kak ina telefon suruh datang ambik buah durian kat rumahnye. Tak jauhpun dalam 5 - 10 minit dah pun sampai ... kat Ulu Yam. Baiknye kawan suami kak ina tu ... nak bayar tapi dia tak nak terima. Dulu dia sama kerja dengan suami kak ina tapi sekarang dah berhenti. Sama-sama bawa lori kilang perabut kat Ulu Yam ni. Selain ade kebun buah-buahan seperti durian dan manggis, kawan suami kak ina ni juga pembuat batu nesan.

Ok apa kata kita layan gambar-gambar buah durian kampung Ulu Yam ni ...












Sayakah Follower Bertuah Itu?

Assalamualaikum, kak ina saje masuk peraduan "Sayakah Follower Bertuah Itu?" sebab ikut anak kak ina jadi apa kata jom follow dan anda mungkin memenangi beg korea ni.








Cik Rongoks


Dieyna


Platypus


Kalau nak join sila klik gambar kat atas ni ... terima kasih.

WORDLESS WEDNESDAY *6

Blackberry 9800 red

Sony Ericsson Experia 003


Samsung s7550 blue


Nokia C3-00

  • 4 jenis handpone yang kak ina minat. Kalau ade sesiapa yang pernah pakai handpone-handpone diatas ni bolehlah beri sebarang komen ye ... terima kasih.






WORDLESS WEDNESDAY *5



Assalamualaikum, salam ceria buat semua blogger-blogger. Dah baca Al-Quran pagi-pagi ni? Kalau belum ... apa kata kita mulakan setiap pagi dengan membaca Al-Quran. Semoga hidup kita   sentiasa diberkati oleh ALLAH S.W.T ... insyaallah.


HARI BAPA


Assalamualaikum, sebenarnye kak ina tak tau nak citer ape pasal hari bapa ni sebab 'abah' kak ina dah meninggal dunia pada tahun 1993. Memanglah sedih bila teringat kat  arwah abah. Banyak sangat pengorbanan arwah abah kat kak ina. Lagipun kak ina ni anak kesayangan arwah abah ... hehe (terperasan pulak). 

Arwah abah seorang abah yang baik dan penyayang. Beliau tak pernah memukul kami adik-beradik jauh sekali nak tinggikan suara. Walaupun masa kami kecik-kecik biasalah bergurau sampai nak gaduh tapi bukanlah bergaduh benar ... adik-beradik katakan ...

Kak ina ingat tiap-tiap hari selepas arwah balik kerja dengan menaiki motosikalnye, kami iaitu kak ina dan 2 lagi adik kak ina selalu naik membonceng motorsikal bersama-sama dengan arwah mengelilingi padang taman permainan kat rumah kami di Taman Ibu Kota.

Kak ina juga tak dapat lupakan pengorbanan arwah abah semasa kak ina di tingkatan 1. Jauh sekolah kak ina dari rumah lebih kurang 25 minit atau 30 minit berjalan kaki. Petang waktu sekolah habis, hujan pulak turun dan kak ina memang tak bawak payung. Bila keluar kat kantin sekolah tu kak ina nampak arwah abah menunggu kak ina sambil memegang sebatang payung. Kak ina ingatkan pakai payung balik jalan kaki tapi rupanye arwah abah bawa basikal sekali. Jadi beliau suruh kak ina pegang payung duduk di hadapan manakala arwah abah duduk belakang mengayuh basikal. Rasanye basikal ni dah susah nak jumpa. Tempat penumpang duduk dipalang depan. Dan bayangkan arwah abah hanye menggunakan plastik untuk tutup kepalanye.  Masa tu kak ina rasa malu sangat. Masa tu hari masih lagi hujan tapi arwah abah sanggup jugak kayuh basikal sampai ke rumah. 

Bila dikenangkan kembali cerita tu kak ina rasa 'tak ade istilah malu' patutnye. Faham-faham ajelah waktu tu kan umur kita tengah naik ke remaja jadi semuanye nak nampak elok dan sempurna. Berbalik kepada cerita tadi, boleh dikatakan tiap-tiap hari arwah abah akan datang ambik kak ina balik sekolah dengan menaiki basikal. Bila kak ina dah ade keluarga sekarang, kak ina pulak yg menjadi seperti arwah abah dulu. Hantar dan ambik anak-anak kak ina pergi dan balik ke sekolah. Cuma waktu sekarang berbeza sedikit sebab anak-anak kak ina ade basikal mereka sendiri. Macam mana penat lelah arwah abah dulu, kak ina dapat rasakannye. Mungkin juga perasaan gembira + penat itu juga kak ina dapat rasakan.

Kepada anak-anak, adik-adik dan kawan-kawan kak ina ; hargailah 'ayah' atau 'abah' dan sayangilah beliau sepertimana kamu menyayangi emak kamu. Walaupun kadang-kadang beliau tidak menunjukkan perasaan itu secara terang-terang sebab sebenarnye dalam hati beliau tersimpan perasaan kasih dan sayang.

  • Inilah wajah arwah abah kak ina ... sayang ABAH ... Al-Fatihah



PUDING PANCAWARNA

Assalamualaikum, menu hari ni kak ina buat puding pancawarna. Jom layan gambar-gambar nye...maaf ye ... lapisan puding kak ina ni kurang cantik sikit ... hehe





Bahan-bahannye:

2 paket agar-agar segera (plain)
1 tin susu cair
3 cawan gula (kalau manis boleh kurangkan)
3 sudu besar tepung jagung
4 biji telur
1 sudu besar esen ros
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara membuatnye:

1) Mula-mula pukul telur dengan susu cair dan tepung jagung sehingga kembang. Kemudian masukkan esen ros. Ketepikan sebentar.
2) Masukkan 2 paket agar-agar segera kedalam periuk bersama-sama dengan gula dan air sebanyak 6 cawan. Masak sehingga mendidih.
3) Bila dah mendidih, masukkan adunan telur tadi ke dalam adunan agar-agar dan kacau sehingga adunan agar-agar menjadi pekat.
4) Angkat dan bahagikan kepada 3 warna. Lapiskan tiap-tiap warna hingga habis
5) Sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.






WORDLESS WEDNESDAY *4

Assalamualaikum, apa khabar kawan-kawan? Nak citer pasal ape ye ... ? Apa lagi kalau bukan pasal WORDLESS WEDNESDAY lah kan ...! Kali ni kak ina nak kongsi tentang ZIKIR HARIAN yang boleh kita amalkan setiap hari. Selamat beramal...



ROTI JOHN VERSI KAK INA

Assalamualaikum, cuti sekolah dah nak habis. Tentu hari ni dah ade yang beransur balik ke rumah masing-masing selepas balik bercuti kat kampung kan. Bila lapar petang-petang ni nak makan ape ye? Emm ... kak ina nak buat roti john yg simple lah ... nak cuba ?? 


Nak tau resepinye ... simple aje ...
6 biji roti hot dog
1 mangkuk kecil daging cincang (kalau nak lebih pun tak pe)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk) 
4 biji telur
Mayonis 
Sos cili
Planta
Minyak masak

Mula-mula panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau masukkan daging cincang tadi bersama-sama semangkuk air. Bila dah mendidih masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. (kalau tak nak bubuh gula pun tak pe) Masak sehingga kering airnya. Kalau semangkuk air tak cukup bolehlah ditambah untuk memastikan daging cincang   tu betul-betul masak. 
Bila dah masak, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan 2 sudu besar mayonis ke dalamnye. Gaul sebati. Ketepikan sebentar. Roti hot dog tadi dibelah tengah dan sapukan sedikit planta dikedua-dua belah. Panaskan sekejap kat kuali kecil tanpa minyak. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul telur sehingga kembang dan masukkan semua inti tadi. Gaul sebati. Panaskan kuali kecil tadi dengan sedikit planta dan masukkan inti tadi agak-agak cukup untuk sebiji roti. Masak sehingga inti + telur tadi garing sedikit. Bila dah masak, angkat dan sapukan mayonis dan sos cili di kedua-dua belah roti tadi. Kemudian bolehlah dipotong ikut selera masing-masing. 

Selain dari roti john ni kak ina juga ada hidangkan laksa untuk kami makan petang sekeluarga.
Layan gambar je lah ye...








BAHAGIAN KE 2 MAJLIS PERKAHWINAN NANA

Assalamualaikum, lama betul ye... nak tunggu kak ina masukkan entri ke 2 sambungan majlis pernikahan dan persandingan Nana tu kan...!!! Okey sekarang kita boleh layan gambar-gambar sekitar majlis ni ye...


Sebelum bertolak ke surau untuk majlis pernikahan ... masing-masing membawa barang hantaran.

Dekat je surau tu pun ... jalan kaki 5 minit dah sampai.

Yang tengah betulkan songkok tulah ayah Nana bersama-sama dengan mak Nana iaitu kakak nombor 2 kpd suami kak ina. 

Upacara memotong kek oleh Nana dan Mahfuz. Cedap kek tu ...

Adik-adik ipar dan anak-anak buah kak ina sedang bersantai ...

Adik-adik suami kak ina ... dari Bidor dan dari Taman Selayang

Inilah keluarga belah suami kak ina ... itupun ade lagi yg tak dapat bergambar sama. Syukur alhamdullillah majlis telah berjalan dengan lancar. Kak ina juga bersyukur kerana mendapat kakak -kakak ipar, adik-adik ipar, abang-abang ipar, biras-biras dan anak-anak buah yg baik dan saling tolong menolong serta menyayangi semua keluarga. 







WORDLESS WEDNESDAY *3

Assalamualaikum kawan-kawan...semoga hari ni membawa keceriaan kepada semua.


Sempena Wordless Wednesday hari ni ... kak ina nak kongsi tentang SEDEKAH ...


Perbanyaklah SEDEKAH, karena di dalamnya terdapat KHASIAT :
- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.



Terima kasih kepada penulis buku Muhammad Muhyidin mengizinkan saya berkongsi gambar.

Followers

Recent Comments