WORDLESS WEDNESDAY *2

Assalamualaikum ... jumpa lagi untuk WORDLESS WEDNESDAY. 




Semoga gambar ni dapat menceriakan hari anda semua ...

DAH JADI ISTERI ORANG ... ANAK BUAH SUAMIKU

Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap semuanye sihat. Cuti sekolah dah bermula. Banyaklah jemputan majlis kahwin yg dapatkan! Pada 26hb Mei 2012 bersamaan hari Sabtu, anak buah suami kak ina ... iaitu Nana (panggilan manje...gitu) telah selamat dinikahkan dengan suaminye yg bernama Mahfuz. Majlis akad nikah telah dijalankan di surau kat rumah Nana di Puchong pada pukul 10.00 pagi. Manakala majlis persandingan pula berlangsung di Dewan Serbaguna MPSJ, Puchong.


Inilah Nana

Alhamdullillah dengan sekali lafaz je...sahlah sudah Mahfuz jadi suami Nana



Yang bertudung merah tu ... anak ke2 kak ina bersama-sama sepupunye Piqah dan Mahirah.

Ni pelamin pengantin
Banyak lagi gambar-gambar majlis perkahwinan ni tapi kak ina tak sempat nak upload lagi. Insyaallah nanti kak ina akan sambung bahagian yg ke 2 ye...maaf ye kalau ade gambar-gambar yang kurang cantik maklumlah jadi jurugambar 'bidan terjun' ...hehe...



YEY ... !!! RUPA BARU

Hari ni kak ina nak ucapkan TERIMA KASIH kat adik kak ina ... Farah Diba yg telah mencantikkan lagi blog kak ina ni... TERIMA KASIH juga kepada anak kak ina ... Siti Khadijah yg juga telah menolong dalam memajukan blog kak ina ni ... tak lupa juga kat anak kak ina ... Syahirah Nabilah yg mula-mula mengajar dan membantu kak ina membuat blog. Kak ina sayang semua ... muah muah !!!









WORDLESS WEDNESDAY *1

Assalamualaikum, terima kasih singgah kat blog pertama 'Wordless Wednesday' kak ina.  Percubaan pertama juga membuat red velvet cake ... hehe





MENU ISNIN YG SIMPLE

Assalamualaikum rakan-rakan semua. Masak lauk ape hari ni? Hari ni kak ina masak lauk yg simple aje. 



Ayam goreng


Kangkung goreng belacan ... maaflah gambar ni tak jelas. Maklumlah kak ina ambik dengan kamera handphone.

Selamat menjamu selera...


SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum, sempena Hari Ibu ni kak ina nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak kak ina, kakak, adik, kakak ipar, adik ipar dan semua kawan2 yg sudah bergelar ibu. Semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT...insyaallah. Di sini kak ina nak kongsi kek yg kak ina buat sendiri sempena hari ibu ni. Nak kata cantik tu...taklah sangatkan. Maklumlah ni kali ke2 kak ina buat kek menggunakan krim hiasan. Selalunye kak ina hanye buat kek tanpa krim. Malulah nak cakap ... tapi kena bagitau jugak...sebenarnye kak ina tak pandai buat krim tu. Bila dah selalu tengok resepi kek dari blog kawan2, kak ina nak jugak cuba buat nye.Terima kasih kepada adik kak ina...Farah Diba dan kepada Azlita Aziz yg banyak memberi inspirasi pada kak ina. Setiap resepi kek yg dikeluarkan di blognye, kak ina mesti salin dan perhatikan betul2 cara hiasannye. Inilah hasil kerja tangan kak ina..
Yang kat bawah ni pulak ialah kek krim cheese dan tart buah-buahan yg kak ina beli kat kedai. Bukan ape...geram tengok bentuk dan hiasan kek ni...layan...
Terlupa lak ... yang kat bawah ni ialah kek hari lahir kak ina yg baru berlalu hari tu. Masa tu anak kak ina yg sulung tu belum masuk plkn lagi jadi dia tolonglah sama2 hiaskan kek tu. Dia memang minat menghiaskan kek ni. Kek inilah jugak kek pertama yg kak ina buat menggunakan krim utk hiasan.

MENU JUMAAT 4 MEI


Assalamualaikum dan salam Jumaat 4 Mei 2012. Hari ni dah 3 hari anak kak ina yg sulung tu masuk plkn Kg Hijrah, Pekan Pahang. Alhamdullillah dah sampai dengan selamatnye. Jangan terkejut pulak tengok gambar terung dan tomato tu. Sebenarnye kak ina nak masak kari dgn 2 bahan utama ni sebagai menu tengahhari hari ni.


Yang ni udang goreng tepung. 



Dah siap pun ... kari terung panjang ngan tomato.

Selamat menjamu selera...

Followers

Recent Comments