Monday, April 6, 2015

JOM MAKAN-MAKAN DI HARI AHAD



ASSALAMUALAIKUM, apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat di pagi isnin ni yea. Rindu nak menulis kat blog ni tapi kadang-kadang tu macam tak de idea je. Ok lah semalam hari minggu kan dan ramai yang bercuti begitu juga dengan anak sally...nabilah. Jadi kami sekeluarga pun keluar la ke kedai sekejap...sebenarnya nak beli bahan-bahan tambahan untuk mee kari. Untuk makan petang hari ni, nabilah sediakan mee kari. Bahan utama iaitu mee ditukar kepada spaghetti. Air tangan dari anak la pulak sekarang...hehe. Jom tengok gambarnya...



Di Econsave Batang Kali ni sempat jugak la nabilah belanja kami kek. Kek-kek ni datangnya dari Chef Din yang beralamat di Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam Bahru. Sedap jugak la kek-keknya dan murah pulak tu. Jom layan gambar-gambar kek tu yea....


Yang disebelah kiri ialah hazelnut chocolate cake dan sebelahnya ialah green tea cake. 


Sebelah kiri ni ialah moist cake dan sebelahnya ialah strawberry cheesecake.


Yang akhir ni ialah carrot cake.

Selesai...jumpa lagi di lain cerita. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket